Langkau ke kandungan utama

Mlm ni…

sumber SINI

Pasukan Piala FA dan kontinjen SUKMA Terengganu dirai malam ini

Oleh: Kamarudin Mat Akib


Kerajaan Terengganu merancang untuk meraikan pasukan bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA dan kontinjennya yang menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, dalam satu majlis besar-besaran, di Dataran Shahbandar malam ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dijadualkan berangkat pulang ke Terengganu petang ini, bagi meraikan wira-wira tersebut yang telah mengharumkan nama negeri ini di bidang sukan.

Orang ramai, khususnya peminat sukan dijangka turut membanjiri dataran tersebut bagi meraikan kemenangan wira-wira mereka.

Teganukita difahamkan, Menteri Besar akan bergegas pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat penting bagi membolehkan beliau turut hadir ke majlis yang penuh makna itu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Encik Rosli Zakaria ketika dihubungi Teganukita mengesahkan Menteri Besar akan hadir pada majlis malam ini dan dijangka mengumumkan sesuatu yang bukan saja menggembirakan skuad Piala FA dan para atlet yang terlibat, tetapi seluruh rakyat Terengganu.

Rakyat seluruh negeri kini tertunggu-tunggu pengumuman rasmi daripada Menteri Besar berkaitan cuti umum bagi menghargai skuad Piala FA dan kontinjen Sukma.

Para pemimpin kerajaan dan badan-badan sukan turut dijemput menyertai majlis pada malam ini yang dijadualkan bermula selepas solat Isyak.

p/s : sama2 laa kita nantikan malam ni…hehehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

Wear Green For Palestine

  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم ‎  Lebih sebulan sudah kita dikhabarkan dengan berita kesedihan dari saudara-saudara kita di Gaza. Siapa saja yang tidak terkesan dengannya. Allahu akbar Sempena harini "The World Unites For Palestine" akak juga tidak terkecuali menyahut seruan dan menunjukkan pendirian akak yang berdiri teguh untuk bebaskan Palestin. Allah Allah Allah hanya kepada Engkau kami bermohon pertolongan. Bantulah saudara kami disana ya Allah. Turunkanlah bala tentera Mu ya Allah. Kami mohon dengan sepenuh hati. Aminnn #weargreenforpalestine #weargreen #westandbypalestine Sedih hati melihat anak-anak kehilangan ibu ayah. Hati kita terasa sedih, tapi mereka yang merasainya. Kadang-kadang terfikir, apa yang kita boleh jawab di akhirat nanti sekiranya ditanya apa yang kita buat selama mereka menderita disana. Allahu akbar. Sesungguhnya kami tiada jawapan untuk itu ya Allah. Terima lah sedikit usaha kami walaupun kami tahu tidak sedikitpun mengurangkan kesedihan dan penderitaan ...

1st day

Wah2...cuba laa tgk rupa aku 1st day ni...weiii...sorg2 keje...sorry laa kalo silap kat mane2 ye...saya pekerja baru..huhuh Alhamdulillah...setakat ni,semua yang aku jumpe,best2 je...huhuhu....tp ye laa..baru2 ni...macam2 lah yang tak tau...2 3 kali dah silap anto line ni...dah tu sistem ni byk yang salah..aku anto tmpat yang betul tp die dh btukar tmpat...no ext die tu dah btukar...salah aku ke? Rsnye..kalo aku ikutkan..sepatutnya,kami diberi dulu pnerangan tentng ext ni..dan juga sepatutnye aku dpt satu list ext yng sebenar..tp no ext yang ada ni,byk yang dah berubah...so how?salah aku ke? Sorry ye geng2 blogger...mungkin minggu ni,korang byk la baca cite aku dan pelanggan..haaha...ape bleh buat...sabo ajelaaaaa P/s : kepada sape aku nk mengadu nasib ni...keje sorang2...ckp sorang2...huhu