Langkau ke kandungan utama

Energizing Soy Protien untuk tenaga

Arini bee nak cerita pasal Energizing Soy Protien(ESP)

ESP Shaklee telah diiktiraf di seluruh dunia. Shaklee pun sudah menjalankan kajian klinikal yang paling banyak ke atas produk dan protein kualiti tinggi yang diperbuat daripada tumbuh-tumbuhan. Ia mengandungi hanya kacang soya non-GMO (tidak diubahsuai secara genetik) yang diproses di bawah suhu rendah. Selain itu, setiap canister ESP berasal dari 30 kg kacang soya dan ia adalah booster tenaga segera yang boleh bertahan selama berjam-jam.
(yang ni bee sendiri dah merasa...minum pagi,terasa kenyang sampai ke tghari...tapi bukanlah smpai kenyang tak bleh makan langsung..kalo org yang sibuk kerja,hanya ada sedikit aje masa untuk makan,amat sesuai consume ESP ni..)

ESP Shaklee mengandungi 22 jenis asid amino dan ia adalah satu-satunya produk di pasaran yang menyediakan 9 asid amino penting yang tidak boleh dihasilkan oleh badan manusia. Ia adalah sesuai untuk semua peringkat umur – tua atu muda. ^^

Protein kacang soya adalah dua kali lebih dari daging, 4 kali lebih dari telur, 12 kali lebih dari susu. Ia juga rendah lemak, rendah kolesterol dan mudah diserap oleh badan manusia.

Faedah Energizing Soy Protein Shaklee yang utama:

Kekal Muda – Asid Amino membina otot manusia, kuku, rambut, darah, organ, kulit, kelenjar, 50,000 jenis protein, 20,000 jenis enzim dan lain-lain. Pengambilan Energizing Soy Protein Shaklee adalah kunci untuk mengekalkan kulit muda dan otot serta memastikan kita sentiasa bertenaga.

Hormon Berasaskan Tumbuhan Semulajadi – kacang soya adalah tumbuhan yang hanya kaya dalam isoflavon yang sama dengan fungsi hormon wanita. Ia membantu dalam mengurangkan paras kolesterol dan mencegah osteoporosis dan penyakit jantung.

Memulihkan Fungsi Prostat Lelaki - genistein dalam kacang soya telah membuktikan bahawa ia mempunyai keupayaan untuk menghalang pertumbuhan dan mencegah sel kanser daripada merebak. Ia memusnahkan radikal bebas dalam sel-sel kita sebelum radikal bebas bermutasi DNA sel-sel menjadi sel-sel kanser. Ia juga menjaga rahim dan ovari, kitaran haid dan prostat.

Kulit berseri dan anjal – Merangsang regenerasi kulit dan otot, memulihkan kedutan, sebagai anti-penuaan, mengembalikan keserian kulit dan kelembutan-lembutan otot, sekali gus mempercepatkan pemulihan luka danmenghilangkan parut.

Pemberi tenaga segera – Membekalkan tenaga segera dan meningkatkan sistem imun, dengan itu ia memulihkan keletihan, migrain, insomnia dan tekanan gejala yang berkaitan seperti kemurungan, kebimbangan, ketakutan, dll.

Memulihkan Pigmentasi – Melambatkan proses uban, rambut gugur, masalah keadaan rambut, pigmentasi, freckles.

Memperbaiki Memori – Menguatkan ingatan, kecergasan, keupayaan seksual, dan sebagainya.

Alhamdulillah,setakat arini bee amat berpuas hati consuming ESP kerana ESP membantu bee dalam memberi tenaga ketika puasa sambil menyusu eryna dulu...skrg pun still consuming ESP untuk tenaga dan diet(laa sangat)..ye lah,duk di kuala trg,keje di kuala berang,perjalanan sehari-hari amat penat...lagipun, masa rehat untuk bee yang kerja sebagai pegawai khidmat pelanggan ni mmg terhad..makan pun,curi2 gitu je...^^

Lagi pulak,korang tak rasa nak grab ke bila bee bg tawaran hadiah misteri tu?kalo korang tau apa yang bakal korang dpt,forsure nye korang takkan menolak..^^

P/s : bersyukur kerana diberi peluang untuk mengenali shaklee walaupun terlewat...better late than never kan?<3
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

Wear Green For Palestine

  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم ‎  Lebih sebulan sudah kita dikhabarkan dengan berita kesedihan dari saudara-saudara kita di Gaza. Siapa saja yang tidak terkesan dengannya. Allahu akbar Sempena harini "The World Unites For Palestine" akak juga tidak terkecuali menyahut seruan dan menunjukkan pendirian akak yang berdiri teguh untuk bebaskan Palestin. Allah Allah Allah hanya kepada Engkau kami bermohon pertolongan. Bantulah saudara kami disana ya Allah. Turunkanlah bala tentera Mu ya Allah. Kami mohon dengan sepenuh hati. Aminnn #weargreenforpalestine #weargreen #westandbypalestine Sedih hati melihat anak-anak kehilangan ibu ayah. Hati kita terasa sedih, tapi mereka yang merasainya. Kadang-kadang terfikir, apa yang kita boleh jawab di akhirat nanti sekiranya ditanya apa yang kita buat selama mereka menderita disana. Allahu akbar. Sesungguhnya kami tiada jawapan untuk itu ya Allah. Terima lah sedikit usaha kami walaupun kami tahu tidak sedikitpun mengurangkan kesedihan dan penderitaan ...

1st day

Wah2...cuba laa tgk rupa aku 1st day ni...weiii...sorg2 keje...sorry laa kalo silap kat mane2 ye...saya pekerja baru..huhuh Alhamdulillah...setakat ni,semua yang aku jumpe,best2 je...huhuhu....tp ye laa..baru2 ni...macam2 lah yang tak tau...2 3 kali dah silap anto line ni...dah tu sistem ni byk yang salah..aku anto tmpat yang betul tp die dh btukar tmpat...no ext die tu dah btukar...salah aku ke? Rsnye..kalo aku ikutkan..sepatutnya,kami diberi dulu pnerangan tentng ext ni..dan juga sepatutnye aku dpt satu list ext yng sebenar..tp no ext yang ada ni,byk yang dah berubah...so how?salah aku ke? Sorry ye geng2 blogger...mungkin minggu ni,korang byk la baca cite aku dan pelanggan..haaha...ape bleh buat...sabo ajelaaaaa P/s : kepada sape aku nk mengadu nasib ni...keje sorang2...ckp sorang2...huhu