Langkau ke kandungan utama

Vivix® Shaklee

Revolusi Terbaru dari Shaklee

Vivix® Minuman campuran botani merupakan revolusi terbaru di dalam pemakanan polifenol. 



Vivix® mengandungi campuran unik botani Polygonum CuspidatumAnggur MuscadineElderberi Eropah dan Lobak Ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol adalah kumpulan fitokimia yang terdiri daripada sebatian tanaman yang mengandungi khasiat ANTIOKSIDAN dan sel ANTI-PENUAAN semulajadi. 



Bakal dipatenkan tidak lama lagi. Bahan-bahan utamanya telah diuji secara klinikal dan ianya eksklusif untuk Shaklee.

Jom kita kupas satu2 kandungan dalam Vivix® ni..

POLYGONUM CUSPIDATUM

Polygonum Cuspidatum (juga dikenali sebagai Knotweed Jepun) adalah tumbuhan perenial yang besar berasal dari Asia, yang juga dikenali banyak ditemui di Amerika Utara dan Eropah.

Knotweed Jepun adalah sumber komersial Resveratrol, yang juga terdapat dalam ekstrak kulit anggur merah dan juga biji anggur merah

Polygonum Cuspidatum mempunyai banyak manfaat kesihatan dan digunakan untuk merumuskan supplemen anti-penuaan seperti resveratrol dan banyak jenis perubatan tradisional cina.

Akarnya ("He Sho Wu") kaya dengan kandungan resveratrol

Digunakan sebagai ubat tradisional untuk merawat rambut beruban di negara China & Japan selama lebih 100 tahun

Potensi polifenol semulajadinya adalah untuk menyokong diet yang sihat dan mampu memberi kesan positif kepada penuaan sel yang sihat.

Ada beberapa kajian menunjukkan resveratrol di dalam Polygonum Cuspidatum mampu mencegah tumor dan 'Heart disease'.

ANGGUR MUSCADINE

Anggur muscadine adalah anggur liar yang mempunyai 20 kromosom, dan oleh kerana pasangan tambahan kromosom ni, ia menyediakan lebih banyak faedah kesihatan termasuk fungsi imun yang tinggi dan antioksidan terbaik.

Anggur ini mempunyai buah yang besar, sebesar bola golf, dan hidup di kawasan ekstrem, menjadikan ia mengandungi banyak polifenol dan resveratrol. Ia juga mengandung asid ellagik, yakni sejenis polifenol yang tiada dalam anggur jenis lain. Asid ellagik mempunyai peranan dalam menghentikan bahan kimia penyebab kanser, juga anti virus dan anti bakteria.

Ia sudah lama menjadi hidangan masyarakat di benua Amerika dan Eropah, dikatakan mula dinikmati secara komersial di zaman Mesopotamia (di antara negara Turki dan Iran).

ELDERBERI

Selain anggur muskat, tumbuh-tumbuhan lain yang baik untuk kesihatan serta agen penuaan ialah elderberi. 

Ia mengandungi anthocyanins yang tiga kali lebih hebat berbanding karotenoid. Anthocyanins bertindak sebagai anti radang dan dapat mengurangkan simptom seperti sakit otot juga sakit/demam yang berkaitan dengan selsema dan influenza.

Elderberi juga mengandungi flavanoids yang merupakan antioksidan yang kuat yang berupaya mengukuhkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan bakteria.

Kesemua ekstrak yang didapati dalam elderberi ini berperanan dalam menguatkan sistem imun untuk melawan jangkitan virus dan flu, jangkitan yis, asma, batuk, sesak dada dan juga DIABETES.

LOBAK UNGU

Lobak ungu ini bersifat lebih anti oksida berbanding carrot biasa. Ia juga mempunyai sifat anti radang yang tinggi. Ini menjadikannya sangat bagus untuk membantu melegakan arthritis atau sakit sendi.

Sifat anti carcinogen purple carrot membantu mengurangkan risiko kanser.

Ia juga mengandungi anthocyanins yang bertindak sebagai anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan juga anti-karsinogen.

Asid klorogenik merupakan antioksidan yang paling banyak terdapat didalam semua jenis lobak. Asid klorogenik ini dipercayai bertanggungjawab mengurangkan diabetes yang selalu dikaitkan dengan pengambilan kopi.

Dos Vitamin A yang tinggi di dalam purple carrot adalah sangat bagus untuk mengelak arteri tersumbat dan secara tidak langsung mengelak penyakit stroke. Purple carrot juga kaya dengan Vitamin B, C dan vitamin E , yang bagus untuk merendahkan bacaan kolesterol.

Akar purple carrot ini telah lama digunakan untuk merawat masalah usus, masalah penghadaman, masalah tonsil dan sembelit.

Dalam kajian yang dibuat oleh Universiti Queensland, jus purple carrot didapati berkesan untuk merendahkan tekanan darah, menstabilkan bacaan gula dalam darah pesakit diabetes dan juga boleh membantu penyakit hati dan jantung.

Wow!!!

Bila kita dah kupas satu persatu terus rasa Vivix® ni adalah benda wajib ada kat setiap rumah...mahal ke??kalo dah satu botol tahan 2bulan, Bee rasa langsung tak mahal setakat rm475 sebotol...kalo beli 2botol, anda terus boleh jadi ahli..jangan tak tau, beli 2 botol dapat dengan harga rm760 termasuk keahlian dan postage tau...dahlah tu, pertengahan bulan depan, anda terus dapat bonus cash dari shaklee..bukankah itu terlebih berbaloi2???

0199897010
0173740100 - whatsapp only
Cksabihah Cksalim
ID 912422
Pengedar sah shaklee kawasan Kuala Terengganu, Marang
penghantaran ke seluruh negara diterima
^_^

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

Wear Green For Palestine

  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم ‎  Lebih sebulan sudah kita dikhabarkan dengan berita kesedihan dari saudara-saudara kita di Gaza. Siapa saja yang tidak terkesan dengannya. Allahu akbar Sempena harini "The World Unites For Palestine" akak juga tidak terkecuali menyahut seruan dan menunjukkan pendirian akak yang berdiri teguh untuk bebaskan Palestin. Allah Allah Allah hanya kepada Engkau kami bermohon pertolongan. Bantulah saudara kami disana ya Allah. Turunkanlah bala tentera Mu ya Allah. Kami mohon dengan sepenuh hati. Aminnn #weargreenforpalestine #weargreen #westandbypalestine Sedih hati melihat anak-anak kehilangan ibu ayah. Hati kita terasa sedih, tapi mereka yang merasainya. Kadang-kadang terfikir, apa yang kita boleh jawab di akhirat nanti sekiranya ditanya apa yang kita buat selama mereka menderita disana. Allahu akbar. Sesungguhnya kami tiada jawapan untuk itu ya Allah. Terima lah sedikit usaha kami walaupun kami tahu tidak sedikitpun mengurangkan kesedihan dan penderitaan ...

1st day

Wah2...cuba laa tgk rupa aku 1st day ni...weiii...sorg2 keje...sorry laa kalo silap kat mane2 ye...saya pekerja baru..huhuh Alhamdulillah...setakat ni,semua yang aku jumpe,best2 je...huhuhu....tp ye laa..baru2 ni...macam2 lah yang tak tau...2 3 kali dah silap anto line ni...dah tu sistem ni byk yang salah..aku anto tmpat yang betul tp die dh btukar tmpat...no ext die tu dah btukar...salah aku ke? Rsnye..kalo aku ikutkan..sepatutnya,kami diberi dulu pnerangan tentng ext ni..dan juga sepatutnye aku dpt satu list ext yng sebenar..tp no ext yang ada ni,byk yang dah berubah...so how?salah aku ke? Sorry ye geng2 blogger...mungkin minggu ni,korang byk la baca cite aku dan pelanggan..haaha...ape bleh buat...sabo ajelaaaaa P/s : kepada sape aku nk mengadu nasib ni...keje sorang2...ckp sorang2...huhu