Langkau ke kandungan utama

Jalan-jalan cari makan KOTA BHARU part 1

Selamat petang…alhamdulillah bee sekeluarga selamat sampai di Holiday Villa Kota Bharu yang terletak betul2 depan pasal Wakaf Che Yeh ni ha!!

Nak tau apa bee buat kat sini? plan ni adalah plan cuti sekolah aritu (eh eh..macam laa awak tu ada anak sekolah..tadika je pun!!hikhikhik) tapi yelah, semua org nak berjalan cuti sekolah, bee pun nak jugak kan..so, plan ni  sepatutnya bertarikh 25hb Disember 2014..

Actually bukan bee tunda pun..kan hari tu kelantan mengalami banjir besar…pada hari yang sepatutnya bee pergi tu laa…bee ingatkan dah burn dah bilik yang dah dibooking ni tapi tetiba awal januari hari itu, pihak hotel holiday villa (terima kasih ye!!) call untuk bgtau boleh pinda tarikh…alhamdulillah ada rezeki berjalan di wakaf che yeh…yeay!! ada rezeki eryna nak main pool..ye lah dah lama tak swimming(mcm lah reti!!hakhakhak)

Bertolak dari rumah pagi tadi (kuala terengganu) dalam pkul 1030pagi…alhamdulillah smpai kat masjid raja di kota bharu elok2 org tengah nak g solat jumaat..pkul 1 gitu..so, cikhubby pun berhenti solat ^_^

cikwifey plak selamat bergambar2 dalam kete..hikhikhik…layan gambar kami dalam kereta dulu

2015206141831 20150206021950

Dan lepas solat dalam 230 kami pun checked in kat holiday villa wakaf che yeh ni..tak susah pun..dari jauh dah nampak dah sebab hotel ni tepi jalan je…

sebelum masuk bilik bergambar dulu sepan hotel…yang ni je pun sempat sebab masing2 sibuk nak naik bilik rehat…

20150206024501 Eryna sibuk jugak nak amik dekat bunting tu…haish laa anak

Dapat bilik yang alhamdulillah selesa..yela, amik yang paling murah tu pun book online, rm155 je semalaman termasuk breakfast…so dapat laa bilik yang cuma mengadap bilik2 lain..takde pandangan luar laa maksudnya…hakhakhak..tak pelaa, nak masuk tido je..bukan nak tengok pandangan pun…kan??

Sampai2 je tak lupa nak telan VITALEA+B COM+VITA C untuk tenaga sepanjang hari, Omega untuk perjalanan darah yang baik, Garlic complex untuk elak angin dalam badan…juga sebagai antibiotik semulajadi elak selsema demam di musim cuaca yang tidak menentu ni.. ^_^

2015206144943 ini bilik yang kami dapat..alhamdulillah

Eh eh..macam lari je dari tajuk…takde isu makan2 pun..hakhak..malam ni laa bee post bab makan2 sebabnya sepetang ni rehat je..eryna pun main pool je…so, in shaa Allah malm ni bee share gambar makan2 kat wakaf che yeh ye!!

stay tuned!!

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

lama dah tak join…lama2 skali apa salahnye kan??^_^

500 BLOG !

wahh..en ben nak buat ape tah nih…aku join sbb aku minat..hehe…nak tau lebih lanjut, buke je kat SINI atau klik je pada banner di atas… ok…sbgai syrat utama, aku kne cerita serba sedikit tentang diri aku…nama aku sabihah, tinggal di kuala terengganu.dah kawin dan merupakan umi kepada eryna(anak aku laa) hehe…kenapa aku menulis blog?mula2 dulu sbb aku tgk kawan aku menulis blog..aku suke baca blog die dan kawan2 die…lepas tu, try2 laa tulis jugak..lepas dah beranak ni, blog aku byk bercerita tentang aku dan family aku..sedikit resepi(kdg2 je ni) dan jugak minat nak kenal rakan2 dr dunia blog… :) hopefully aku dah mencukupi syarat2 yang ditetapkan oleh en Ben kite…:)