Langkau ke kandungan utama

Anak MANJA Abah

Makin hari makin menjadi-jadi manjanya. Kalau dia nak apa-apa jangan haraplah datang minta dengan umi ni. Semua abah. Itu abah, ini abah. Sebabnya kalau minta dengan umi, banyak soalan dia kena jawab. Kalau dengan abah, selalunya dapat je.


Tak caye? Tengok gambar arahan yang dia bagi kat abah dia. Arahan setiap hari tu. Aduhai anak

Tapi jangan tak tau, yang jawab 'okey' tu dia jugak. Abah nya baca je. Takde nya nak jawab satu2. Bila Eryna tanya, "Boleh ke abah?" Abah cuma cakap "Yelah... Yelahhh". Hahahaha

Betullah orang cakap, anak perempuan akan lebih rapat dengan ayahnya. Walau macamana pun kita mak cuma nak rapat, dia tetap lebih tertarik pada ayah. Pastu, oleh sebab ahkak ni cuma ada sorg je anak, makanya jeles jugaklah kita bila tengok dia mcm tu dgn ayahnya. Padahal kita ni yang dari dalam perut, menyusu lagi. Bila dah besar, mengada nak manja dgn ayah.😢😢

Tapi mungkin jugak kita mak2 ni suka membebel. Hikhikhik... Salah sikit je, bebel yang lebih. Dah lepas bebel baru nak baik2. Salah sendiri jugak. Keh keh keh

Takpe lah sayang. Umi tak marah Eryna nak manja dgn abah. Sbb masa kecik ni je waktu boleh nak manja2. Nanti dah besar panjang, malu pulak nak manja2 sangat kan?

😘😘😘


Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

saje laa..arini aku free sket..esok pun mcm free jugak…byk waktu free aku lately…sbnrnye aku menunggu minggu depan yang dah sah2 keje menimbun…jd, ape laa salahnye aku join segmen2 mr Ben nih…dah lama tak join jom2 tukar link…aku akan sediakan satu bahagian di sisi blog ni untuk letak link korang…^_^ nak join?? klik sini http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-tukar-sama-suka-lagi.html

Mengandungkah Aku??

Hari ini cukup 65 hari sejak dari period terakhir Bee...macam-macam tanda dah rasa ni..mual-mual, pening kepala, selalu mengantuk, penat, perut rasa kembung, selalu lapar dan paling ketara ada rasa something yang bergerak dalam perut..mengandungkah aku?? Mula-mula jom kita check tanda-tanda awal kehamilan 1. Kelewatan Haid Memang dah lewat sangat ni..sepatutnya bee dua kali period dah..dan memang rasa ketara sebab bee tak pernah miss period 2. Loya dan muntah Loya tu ada..mmg rasa selalu...ish bleh kata dalam mulut ni terasa macam air liur tu penuh selalu..tapi muntah tu baru sekali laa sepanjang 65 hari kelewatan period ni 3. Sakit dan tegang buah dada Yang ni bee rasa pada mula-mula lewat period haritu...lewat dalam seminggu dua..mmg rasa tak selesa sangat...tapi sekarang mmg dah tak rasa dah 4. Berasa letih dan mengantuk Ni memang selalu rasa...kadang-kadang kat ofis tu tido je waktu tengahari..lepas tu mula lah rasa lapar bila tak makan tengahari kan..hihihi ...

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...