Langkau ke kandungan utama

Hanya ALLAH tempat mengadu



Walau apa pun yang berlaku, pastinya ada hikmah disebaliknya. Yakin dan percaya lah bahawasanya Allah punya rancangan yang lebih hebat untuk kita. Kita hanya perlu bersyukur sentiasa. Kerana kita hanyalah hambanya yang serba kekurangan.

Jika kita mampu berSYUKUR dengan apa yang kita ada sekarang, kita tidak akan pernah risau atau fikir dengan apa yang bukan milik kita. Yang pentingnya, SYUKUR lah. sentiasalah mengucapkan ALHAMDULILLAH.
Senangkan untuk menuturkan perkataan2 ni, tapi untuk kita yang mengalaminya, hanya Allah je yang tahu. Betapa hancur luluhnya hati, betapa jatuh terduduknya diri, betapa rendah dirinya rasa bila terjadinya sesuatu perkara yang bukan dalam kehendak hati kita. Betul kan?

Tapi, siapalah kita untuk menidakkan qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk kita. Walau luluh hancur hati, walau jatuh terbaring sekalipun, inilah jalan yang perlu kita lalui. Berhentilah menyalahkan orang sekeliling. Cuba pandang cermin dan lihat diri sendiri. Mungkinkah segala apa yang terjadi adalah dari sikap kita sendiri.

Ambil masa, pejamkanlah mata. Renungkan dan cubalah untuk redha untuk semua. Berdiam bukan kerana kita berputus asa. Tapi untuk kita kembali kumpul kekuatan diri untuk hadapi. Allah lebih mengetahui.


Hati ini milik DIA
Jiwa ini hak DIA
Diri ini kepunyaan DIA
Perasaan ini pinjaman DIA

Senyumlah sayang.
Bergembiralah wahai hati.
Tenanglah dalam jiwa.
ALLAH itu ada

Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk. Nikmatilah semuanya dalam hidup. Jangan fikir mana yang bukan milik kita. Terima kekurangan. Hargai kelebihan.

:)

Ulasan

Unknown berkata…
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.

Catatan popular daripada blog ini

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

lama dah tak join…lama2 skali apa salahnye kan??^_^

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

saje laa..arini aku free sket..esok pun mcm free jugak…byk waktu free aku lately…sbnrnye aku menunggu minggu depan yang dah sah2 keje menimbun…jd, ape laa salahnye aku join segmen2 mr Ben nih…dah lama tak join jom2 tukar link…aku akan sediakan satu bahagian di sisi blog ni untuk letak link korang…^_^ nak join?? klik sini http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-tukar-sama-suka-lagi.html