Oct 4, 2017

Masih BerTIGA

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Eryna dah ada adik ke? Ramai juga yang tertanya-tanya pasal KES haritu. Alhamdulillah, cyst tu dah takde. Kak Bee pun dah masih sihat. hihihi

Kami masih bertiga. Alhamdulillah. Kalau ada yang segan nak tanyalah. Kisah 3tahun lepas dah lama terkubur. Mungkin masa tu Kak Bee terlalu stress disebabkan masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Takpe lah. Takde benda penting sangat pun. Asalkan kami sihat dan bahagia bersama-sama, dah bersyukur sangat dah ^_^

Eryna dah masuk sekolah rendah. Dah darjah 2 pun. Belajar? Apa lah sangat budak tu belajar. Asyik main je nampaknya. hihihih Kak Bee pun tak paksa sangat dia belajar. Kecian dia. setiap hari dah masuk kelas dari pagi sampai petang. Kelas KAFA lagi. Memang penat sangat. Jadi, bagilah dia peluang nak main pulak bila ada masa dirumah. Kak Bee taknak dia tertekan. Biarlah ada org yang kata, zaman sekarang kena paksa anak2 belajar. Kami tak paksa. Cuma kami suruh dia study bila nak exam.


Siapa kata kami taknak anak lagi? Rasa mau ku picit2 mulut tu. Kita cuma mampu rancang. semuanya telah ditentukan. Rezeki, Ajal, Maut. Siapa kita nak mempertikaikan. Kalau nak dengar cakap orang lain, rasa macam dah takde hati dah. Hancur luluh. Yang nampak kami senyum ketawa, mereka tahu ke dalam hati kami? Takpa lah. Allah ada. Kita minta saja Allah bukakan hati mereka untuk memahami keadaan ni. :)

Tipulah kalau kata tak sedih. Setiap kali menerima berita gembira kawan2 atau saudara mara, kami balik dengan bermacam perkara dalam hati. Cuma masing2 tak mampu nak luahkan lagi. Sekadar, saling memandang dan senyum sama-sama. Takpa lah. Allah punya rancangan lebih hebat. kan? Siapalah kita untuk mempersoalkannya.

Wahh... Kenapa tetiba cerita sedih pulak ni. Tadi mcm nak share perkara-perkara yang happy-happy je. haishh... Ini yang malas nak post apa2. Ada acara tambahan pulak. hihihi... Acara airmata. Kihkihkih

Dahlah untuk hari ni. Kalau rajin, esok kita cerita lagi

1 comment:

Unknown said...
This comment has been removed by a blog administrator.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...