Langkau ke kandungan utama

Pulau Kapas Day 1

Baru2 ni Kak Bee dapat tawaran kursus di Pulau Kapas. Mula2 rasa mcm taknak lah. Tapi bila fikir balik, peluang tu. Dahlah tak pernah pergi, org ajak pergi free pulak. Rugilah kalau tak ikut. Tanye cik hubby, dia cakap pergi je. Eryna nanti dia jaga. No prob. Ahkak pun apa lagi, YAHOOOO

Pada mereka yang tak tahu dimana Pulau Kapas ni, Pulau Kapas merupakan salah satu pulau pelancongan yang cantik di Terengganu. Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan dan berada dalam Daerah Marang.

Gambar tuan tanah kedaung

Bot bertolak dari jetti pukul 1030 pagi lebih kurang. Perjalanan tak lama pun dalam bot. Dalam 15minit je. Dah sampai je kami semua terus diberi bilik. Alamak, lupe nak amik gambar bilik, exited benor sampai pulau kan. 😝😝

Program start pukul 2 petang, kami pun berjalan sekeliling resort. Lupa nak bagitau,  kami berprogram di Ombak Kapas Resort. Alhamdulillah, cantik tempatnya. Nanti akak cuba amik sebanyak mungkin gambar2. 
Oleh sebab akak duduk Kuala Terengganu je,  jadi perjalanan dari rumah ke sini tak melebihi 2marhalah, kami tidak dibolehkan untuk solat jamak dan qasar. :) Jangan risau, resort ni juga menyediakan surau untuk kita berjemaah. Cumanya atas nak dengan taknak je. Boleh je solat dalam bilik. Takde masalah. Sejadah pun disediakan. Alhamdulillah


Abis je program petang, lepas solat asar, kami pun terjun dalam air. Kah kah kah. Nampak sangat penipunya. Ahkak tak terjun pun, bagi peluang adik2 je. Akak duk atas jaga barang2 je. Lagipun akak tak berapa seronok nak main takde anak.Tiba-tiba rindu anak umi. Jarang2 tinggal macam ni laa jadinya

Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Boleh berkayak, boleh juga snorkling. Cuma semua aktiviti ni kena sewa peralatannya. Tapi akak takde mood nak main laut. Sekadar menikmati pemandangan pun dah rasa seronok.
Mlm pun takde buat apa pun. Masuk kelas je. Alhamdulillah, kelas pun seronok sebabnya penceramah yang terlibat sangat best. Takde mengantuk. Kami kursus gelak2. Hilang stres betul!

Nanti Kak Bee sambung kisah kursus ni lagi. Hilang idea. hahahaha

Ulasan

Wak Lat berkata…
wak pon penah smpi pulau kapas nih., hikhik2

Catatan popular daripada blog ini

Get well soon my baby

Sejak ahad(12/8/2018) eryna demam dan mengadu sakit kepala. Day 1 kamj cuma ke klinik private je memandangkan panel abah dia masih ada baki kan. So, doktor klinik cuma bagi ubat demam je. Malam tu eryna tetap demam walaupun dah makan ubat demam. Risau dan susah hatinya rasa. Dia jarang sakit, bila sakit gini risaulah sket. Eryna tak boleh tidur, umi lebih lagi tak boleh tidur.  Esoknya(13/8/2018), akak amik cuti sebab jaga eryna kat rumah. Kebetulan ada pegawai dari pejabat kesihatan buat pantauan dekat kawasan rumah akak tu. Rupanya selang 2buah rumah ada yang kena demam denggi. So, bila pegawai tu dengar anak akak pun demam, dia datang melawat. Bila dia tanya "demam ni ada selsema tak?" akak jawab "takde". Terus pegawai tu buat surat untuk refer Klinik Kesihatan(KK) Hiliran.  Petang nya Akak pun bawak eryna g KK. Doktor amik darah. Tapi result yang keluar semua dlm kadar normal(akak pun tak pasti apa kebenda yang dia test. Yang akak paham cuma platlet je. Ahahaha)

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

saje laa..arini aku free sket..esok pun mcm free jugak…byk waktu free aku lately…sbnrnye aku menunggu minggu depan yang dah sah2 keje menimbun…jd, ape laa salahnye aku join segmen2 mr Ben nih…dah lama tak join jom2 tukar link…aku akan sediakan satu bahagian di sisi blog ni untuk letak link korang…^_^ nak join?? klik sini http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-tukar-sama-suka-lagi.html

Mengandungkah Aku??

Hari ini cukup 65 hari sejak dari period terakhir Bee...macam-macam tanda dah rasa ni..mual-mual, pening kepala, selalu mengantuk, penat, perut rasa kembung, selalu lapar dan paling ketara ada rasa something yang bergerak dalam perut..mengandungkah aku?? Mula-mula jom kita check tanda-tanda awal kehamilan 1. Kelewatan Haid Memang dah lewat sangat ni..sepatutnya bee dua kali period dah..dan memang rasa ketara sebab bee tak pernah miss period 2. Loya dan muntah Loya tu ada..mmg rasa selalu...ish bleh kata dalam mulut ni terasa macam air liur tu penuh selalu..tapi muntah tu baru sekali laa sepanjang 65 hari kelewatan period ni 3. Sakit dan tegang buah dada Yang ni bee rasa pada mula-mula lewat period haritu...lewat dalam seminggu dua..mmg rasa tak selesa sangat...tapi sekarang mmg dah tak rasa dah 4. Berasa letih dan mengantuk Ni memang selalu rasa...kadang-kadang kat ofis tu tido je waktu tengahari..lepas tu mula lah rasa lapar bila tak makan tengahari kan..hihihi