Langkau ke kandungan utama

Bisnes ohh bisnes

Bisnes!! 

Sejak dari mula2 kerja dulu, CK suka bisnes. Mula2 dulu pernah buat bisnes kain sutera Terengganu. Modal amik dgn mak. Tolong jual je. Tapi tak dapat duit pun masa tu. Dapat kain sutera percuma. Seronok betul! Dapat baju baru. Setiap 10helai terjual dapat sehelai baju FREE!! Mana tak seronok kan? 

Pastu jual tudung vietnam. Masa tu modal ambil dari mak jugak. Ahahaha.. Dulu2 mane ada duit nak buat modal.  Tapi yang ni, CK dapat untung runcit. Tak banyak pun. Rm5 je sehelai. Jual 20helai dapat RM100. 200helai dapat RM1000. Wahhh mane nak dapat jual dalam masa 2minggu dapat ribu2 ni. Seronok! 

Pastu jual vitamin shaklee. Yang ni paling lama bertahan. Satu sebab kenapa Kak Bee tinggalkan bisnes ni, sebab dah hilang keseronokan berniaga. Stress bila dikejar dan mengejar. Tak payah cerita panjang lah. Cukuplah sekadar tau akak dah stop bisnes tu. 

Dalam stress2, akak jual karipap segera. Yang ni palingggg banyak untung. Sebab modalnya cuma bahan2 sahaja. Kita dapat untung atas bahan dan bayaran atas kudrat kita. Tapi yang tak laratnya hujung minggu takde buat kerja lain. Asal cuti je mmg buat karipap kerjanya. Seminggu dapat RM1000 sebulan dapat RM4000. Tapi kenapa CK stop buat karipap? Penat! Lagi pulak Miss E makin besar. Perlukan perhatian kami. Nak exam kena tunggu dia buat latihan kat rumah. Lepas difikir2 dan ditolak sana, ditambah sini, kami buat keputusan stop buat karipap segera. 

Pastu rasa rindu berniaga kembali. CK cuba buat bisnes Mikkae Milk (Susu kambing asli dalam bentuk serbuk) seronok jual cuma yang tak seronoknya modal kita tak besar. Jual makanan ni kena pakai modal. Sbb kita nak sedia stok baru best nak jual kesana kemari. Last2 CK stop juga. 




Gitu lah perjalanan bisnes CK. Bangun duduk jatuh berdiri semua dah rasa. Kadang2 ketawa sorg2 kalau ingat. Macamana kami berdua kesana kemari uruskan stok. Beli bahan2 buat karipap. Malam2 anak dah tidur, kami masih kacau inti karipap. 

Bisnes memang syok! 

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

lama dah tak join…lama2 skali apa salahnye kan??^_^

500 BLOG !

wahh..en ben nak buat ape tah nih…aku join sbb aku minat..hehe…nak tau lebih lanjut, buke je kat SINI atau klik je pada banner di atas… ok…sbgai syrat utama, aku kne cerita serba sedikit tentang diri aku…nama aku sabihah, tinggal di kuala terengganu.dah kawin dan merupakan umi kepada eryna(anak aku laa) hehe…kenapa aku menulis blog?mula2 dulu sbb aku tgk kawan aku menulis blog..aku suke baca blog die dan kawan2 die…lepas tu, try2 laa tulis jugak..lepas dah beranak ni, blog aku byk bercerita tentang aku dan family aku..sedikit resepi(kdg2 je ni) dan jugak minat nak kenal rakan2 dr dunia blog… :) hopefully aku dah mencukupi syarat2 yang ditetapkan oleh en Ben kite…:)