Feb 17, 2020

Magnificent Monday

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Dah menjadi kebiasaan kita dengar, bila isnin tiba, terus rasa malas sbb rutin harian bekerja dah mula. Padahal kita tak sedar yang rutin kita bukan hari bekerja sahaja, hari minggu pun ada rutinnya. Cuma hari minggu kita plan dan buat ikut masa kita. Sesuka hati kita. Kan? 

CK tak pasti kalo org lain mcmana tapi CK suka bila tiba hari kerja. Sebab pada hujung minggu CK lebih sibuk dari hari bekerja. Kerja rumah lebih penat dari kerja pejabat. Kalau boleh setiap hari nak pergi kerja. Walaupun setiap hari balik rumah mengadu dgn WS penat. Hihihi.. Hakikatnya kerja rumah lebih penat dari kerje pejabat. 


Hari ini, CK ada kursus/bengkel. Dah lama tak join kursus2 ni. Ni baru sebulan ditugaskan di unit perjawatan, terus masuk kursus. Mula2 dulu rasa berat jugak. Bila dah masuk sebulan ni rasa dah mula faham tugas dan fungsi unit ni. Dah mula adapt dengan persekitaran baru. Alhamdulillah. Seronok bekerja tu kembali datang dan dirasai. Im happy! Terima kasih Allah

Cuma bila diunit ni, masa CK agak padat dengan kerja2 ofis bila masa ofis. Tak sempat lah nak buat kerja lain. Tapi takpe, bagus juga. CK mmg suka sentiasa ada kerja. Takde lah bosan sangat kan? 

Kawan2 CK semua? Apa cerita? Meh lah komen kat bawah. CK pun nak tau cita korang 😘😘😘

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...