Langkau ke kandungan utama

Catatan

Wear Green For Palestine

  اَلسَّلَامُ عَلَيْكُم ‎  Lebih sebulan sudah kita dikhabarkan dengan berita kesedihan dari saudara-saudara kita di Gaza. Siapa saja yang tidak terkesan dengannya. Allahu akbar Sempena harini "The World Unites For Palestine" akak juga tidak terkecuali menyahut seruan dan menunjukkan pendirian akak yang berdiri teguh untuk bebaskan Palestin. Allah Allah Allah hanya kepada Engkau kami bermohon pertolongan. Bantulah saudara kami disana ya Allah. Turunkanlah bala tentera Mu ya Allah. Kami mohon dengan sepenuh hati. Aminnn #weargreenforpalestine #weargreen #westandbypalestine Sedih hati melihat anak-anak kehilangan ibu ayah. Hati kita terasa sedih, tapi mereka yang merasainya. Kadang-kadang terfikir, apa yang kita boleh jawab di akhirat nanti sekiranya ditanya apa yang kita buat selama mereka menderita disana. Allahu akbar. Sesungguhnya kami tiada jawapan untuk itu ya Allah. Terima lah sedikit usaha kami walaupun kami tahu tidak sedikitpun mengurangkan kesedihan dan penderitaan ...

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

Bisnes ohh bisnes

Bisnes!!  Sejak dari mula2 kerja dulu, CK suka bisnes. Mula2 dulu pernah buat bisnes kain sutera Terengganu. Modal amik dgn mak. Tolong jual je. Tapi tak dapat duit pun masa tu. Dapat kain sutera percuma. Seronok betul! Dapat baju baru. Setiap 10helai terjual dapat sehelai baju FREE!! Mana tak seronok kan?  Pastu jual tudung vietnam. Masa tu modal ambil dari mak jugak. Ahahaha.. Dulu2 mane ada duit nak buat modal.  Tapi yang ni, CK dapat untung runcit. Tak banyak pun. Rm5 je sehelai. Jual 20helai dapat RM100. 200helai dapat RM1000. Wahhh mane nak dapat jual dalam masa 2minggu dapat ribu2 ni. Seronok!  Pastu jual vitamin shaklee. Yang ni paling lama bertahan. Satu sebab kenapa Kak Bee tinggalkan bisnes ni, sebab dah hilang keseronokan berniaga. Stress bila dikejar dan mengejar. Tak payah cerita panjang lah. Cukuplah sekadar tau akak dah stop bisnes tu.  Dalam stress2, akak jual karipap segera. Yang ni palingggg banyak untung. Sebab modalnya cuma bahan2 sahaja. Kita dapat untung atas bah...

Magnificent Monday

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua. Dah menjadi kebiasaan kita dengar, bila isnin tiba, terus rasa malas sbb rutin harian bekerja dah mula. Padahal kita tak sedar yang rutin kita bukan hari bekerja sahaja, hari minggu pun ada rutinnya. Cuma hari minggu kita plan dan buat ikut masa kita. Sesuka hati kita. Kan?  CK tak pasti kalo org lain mcmana tapi CK suka bila tiba hari kerja. Sebab pada hujung minggu CK lebih sibuk dari hari bekerja. Kerja rumah lebih penat dari kerja pejabat. Kalau boleh setiap hari nak pergi kerja. Walaupun setiap hari balik rumah mengadu dgn WS penat. Hihihi.. Hakikatnya kerja rumah lebih penat dari kerje pejabat.  Hari ini, CK ada kursus/bengkel. Dah lama tak join kursus2 ni. Ni baru sebulan ditugaskan di unit perjawatan, terus masuk kursus. Mula2 dulu rasa berat jugak. Bila dah masuk sebulan ni rasa dah mula faham tugas dan fungsi unit ni. Dah mula adapt dengan persekitaran baru. Alhamdulillah. Seronok bekerja tu kembali datang dan dirasai. Im happy!...

Super Sunday

Setelah berbulan2 blog ck ditinggalkan. Ck rasa kena start balik blogging ni. Sebab blog ni boleh buat akak relax dan banyak yang akak boleh share. Rasanya kenapa akak stop blogging baru2 ni sebab akak banyak sharing di FB. Tapi sejak2 akak dah mula bosan ( boleh eh kata bosan. Hihihi ) dan rasa dah hilang keseronokan FB ni. Tapi blog2 ni akak masih lagi berjalan kesana kemari. Sebabnya dari blog, banyak info akak boleh dapat. FB ni lebih kepada info terkini hiburan sensasi je. 😝😝 Miss E dah masuk 11tahun umurnya. Ya Allah, dah besar anak ck. Kalo ck pergi ke sekolah dia, ada plak kawan dia tanya, kakak Miss E ke. Amboi, rasa muda terus akak tau. Hahaha CK masih bertiga. CK dan WS dan Miss E.  Kami bahagia bertiga dan didoakan semoga diberi kesihatan dan dalam lindungan Allah sentiasa. Aminn amin ya rabbal alaminn

Bismillah

Assalamualaikum. Hari ini hari terakhir bulan oktober 2019. Setiap tahun pada bulan oktober sememangnya bulan yang terlalu banyak kenangan. Sebabnya kami (akak dan suami) lahir pada bulan yang sama cuma tarikh dan tahun yang berbeza. Jadinya setiap tahun kami akan sambut birthday bersama2. Takde lah istilah surprise sebab setiap tahun kami sambut pada tarikh yang sama sahaja ^_^ Jimat masa, tenaga dan duit. Semakin dewasa, semakin simple sambutan kami. Kalau dulu, ada kek2 juga. Sekarang sekadar makan2 dikedai je. Macam tahun ni, kami sambut di Seoul Garden Kuala Terengganu. Alhamdulillah. Masih diberi kesihatan yang baik untuk beribadah kepada Yang Maha Esa. Kami masih bertiga. Alhamdulillah. Walaupun sesekali teringin bila tengok kawan2 asyik mengandung dan beranak, tapi kami tetap bahagia bertiga. Alhamdulillah. Allah lebih tahu apa yang terbaik untuk kami Untuk tahun ni, kami cuba sedaya upaya untuk menjadi pengunjung masjid. Yelah, semakin bertambah t...

Get well soon my baby

Sejak ahad(12/8/2018) eryna demam dan mengadu sakit kepala. Day 1 kamj cuma ke klinik private je memandangkan panel abah dia masih ada baki kan. So, doktor klinik cuma bagi ubat demam je. Malam tu eryna tetap demam walaupun dah makan ubat demam. Risau dan susah hatinya rasa. Dia jarang sakit, bila sakit gini risaulah sket. Eryna tak boleh tidur, umi lebih lagi tak boleh tidur.  Esoknya(13/8/2018), akak amik cuti sebab jaga eryna kat rumah. Kebetulan ada pegawai dari pejabat kesihatan buat pantauan dekat kawasan rumah akak tu. Rupanya selang 2buah rumah ada yang kena demam denggi. So, bila pegawai tu dengar anak akak pun demam, dia datang melawat. Bila dia tanya "demam ni ada selsema tak?" akak jawab "takde". Terus pegawai tu buat surat untuk refer Klinik Kesihatan(KK) Hiliran.  Petang nya Akak pun bawak eryna g KK. Doktor amik darah. Tapi result yang keluar semua dlm kadar normal(akak pun tak pasti apa kebenda yang dia test. Yang akak paham cuma platlet je. Ahahaha)...

Pulau Kapas Day 1

Baru2 ni Kak Bee dapat tawaran kursus di Pulau Kapas. Mula2 rasa mcm taknak lah. Tapi bila fikir balik, peluang tu. Dahlah tak pernah pergi, org ajak pergi free pulak. Rugilah kalau tak ikut. Tanye cik hubby, dia cakap pergi je. Eryna nanti dia jaga. No prob. Ahkak pun apa lagi, YAHOOOO Pada mereka yang tak tahu dimana Pulau Kapas ni, Pulau Kapas merupakan salah satu pulau pelancongan yang cantik di Terengganu. Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan dan berada dalam Daerah Marang. Gambar tuan tanah kedaung Bot bertolak dari jetti pukul 1030 pagi lebih kurang. Perjalanan tak lama pun dalam bot. Dalam 15minit je. Dah sampai je kami semua terus diberi bilik. Alamak, lupe nak amik gambar bilik, exited benor sampai pulau kan. Program start pukul 2 petang, kami pun berjalan sekeliling resort. Lupa nak bagitau,  kami berprogram di Ombak Kapas Resort. Alhamdulillah, cantik tempatnya. Nanti akak cuba amik sebanyak mungkin gambar2.  ...

Hanya ALLAH tempat mengadu

Walau apa pun yang berlaku, pastinya ada hikmah disebaliknya. Yakin dan percaya lah bahawasanya Allah punya rancangan yang lebih hebat untuk kita. Kita hanya perlu bersyukur sentiasa. Kerana kita hanyalah hambanya yang serba kekurangan. Jika kita mampu berSYUKUR dengan apa yang kita ada sekarang, kita tidak akan pernah risau atau fikir dengan apa yang bukan milik kita. Yang pentingnya, SYUKUR lah. sentiasalah mengucapkan ALHAMDULILLAH. Senangkan untuk menuturkan perkataan2 ni, tapi untuk kita yang mengalaminya, hanya Allah je yang tahu. Betapa hancur luluhnya hati, betapa jatuh terduduknya diri, betapa rendah dirinya rasa bila terjadinya sesuatu perkara yang bukan dalam kehendak hati kita. Betul kan? Tapi, siapalah kita untuk menidakkan qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk kita. Walau luluh hancur hati, walau jatuh terbaring sekalipun, inilah jalan yang perlu kita lalui. Berhentilah menyalahkan orang sekeliling. Cuba pandang cermin dan lihat diri sendiri. Mungkinkah s...

Anak MANJA Abah

Makin hari makin menjadi-jadi manjanya. Kalau dia nak apa-apa jangan haraplah datang minta dengan umi ni. Semua abah. Itu abah, ini abah. Sebabnya kalau minta dengan umi, banyak soalan dia kena jawab. Kalau dengan abah, selalunya dapat je. Tak caye? Tengok gambar arahan yang dia bagi kat abah dia. Arahan setiap hari tu. Aduhai anak Tapi jangan tak tau, yang jawab 'okey' tu dia jugak. Abah nya baca je. Takde nya nak jawab satu2. Bila Eryna tanya, "Boleh ke abah?" Abah cuma cakap "Yelah... Yelahhh". Hahahaha Betullah orang cakap, anak perempuan akan lebih rapat dengan ayahnya. Walau macamana pun kita mak cuma nak rapat, dia tetap lebih tertarik pada ayah. Pastu, oleh sebab ahkak ni cuma ada sorg je anak, makanya jeles jugaklah kita bila tengok dia mcm tu dgn ayahnya. Padahal kita ni yang dari dalam perut, menyusu lagi. Bila dah besar, mengada nak manja dgn ayah.😢😢 Tapi mungkin jugak kita mak2 ni suka membebel. Hikhikhik... Salah sikit...

Masih BerTIGA

Mungkin ada yang tertanya-tanya, Eryna dah ada adik ke? Ramai juga yang tertanya-tanya pasal KES haritu. Alhamdulillah, cyst tu dah takde. Kak Bee pun dah masih sihat . hihihi Kami masih bertiga. Alhamdulillah. Kalau ada yang segan nak tanyalah. Kisah 3tahun lepas dah lama terkubur. Mungkin masa tu Kak Bee terlalu stress disebabkan masalah2 yang tidak dapat dielakkan. Takpe lah. Takde benda penting sangat pun. Asalkan kami sihat dan bahagia bersama-sama, dah bersyukur sangat dah ^_^ Eryna dah masuk sekolah rendah. Dah darjah 2 pun. Belajar? Apa lah sangat budak tu belajar. Asyik main je nampaknya. hihihih Kak Bee pun tak paksa sangat dia belajar. Kecian dia. setiap hari dah masuk kelas dari pagi sampai petang. Kelas KAFA lagi. Memang penat sangat. Jadi, bagilah dia peluang nak main pulak bila ada masa dirumah. Kak Bee taknak dia tertekan. Biarlah ada org yang kata, zaman sekarang kena paksa anak2 belajar. Kami tak paksa. Cuma kami suruh dia study bila nak exam. Siapa kata kam...

Setahun berlalu...

Assalamualaikum Pejam celik pejam celik, dah setahun blog Kak Bee ni bersawang. :p Apa bleh buat, bila dah berumur ni(macam lah tua sangat kan?!!) makin tak terlayan blog2 ni. Tapi sejak akhir2 ni, rasa seronok pulak tengok kawan2 duduk update blog macam2. Mula-mula skali, Kak Bee nak bagitau sikecik Eryna dan tak kecik dah. Dah besar panjang dah. nak tengok gambar?   Dan bukan dia je besar, Umi dan Abah pun membesar bersama-sama. Bijak kan? hihihi   Nampak tak? Kebulatan muka kami. Kih kih kih. ok lah, nanti Kak Bee share lagi apa-apa yang jadi. Harap-harap, azam nak kembali blogging dapat diteruskan sampai ke sudah. Jangan Marah ye

Eryna Usik Ayam tu je

Umi tengah syok rehat tengok tv, tetiba dengar eryna duk meroyan Eryna : chipp chipp chipp Dia sebut berulang2 tau tak. Asalnya umi malaslah nak melayannya. Buat2 tak dengar jelah kan. Tapi!!!! Naik bingit jugaklah telinga ni. Disebabkan tak tahan telinga, umi tanye laa Umi : Eryna buat ape tu? Eryna : Eryna usik ayam tu Umi: Usik ayam? Hahahahaha... abistu ayam tu faham ke Eryna usik dia Eryna : abis, eryna sebut chipp chipp tu kan bahasa ayam. Dia paham laa tu Alahai anak. Kenapa buat umi gelak petang2 ni. Tak jadi nak marah sebab still buat suara sumbang mengUSIK ayam2 tu. Ahahahahaha Suka hati kamu lah anak. Asalkan kamu bahagia. Dah lewat ni, cuaca pun tak berapa nak elok. Mendung mcm nak hujan je, malas pulak nak keluar. Tapi tadi janji nak keluar dengan dia. Abah nya malam ni baru sampai. So, malam ni, keluar lagi amik abahnya kat ofis.. Pss... Ni baru sorang anak. Kalo ramai  macamana lah ibu2 melayan ye. Kalo dah sorang usik ayam, sorang usik kucing pastu sorang ...

Welcome Back Kak Bee!

Maaflah semua, Kak Bee memang dah lama tak online kat belog ahkak yang cun ni. bukan nya malas cuma kurang rajin. kih kih kih Apa nak share? Eryna dah besar dah. Dah masuk darjah 1. Alahai anak umi, makin besar makinlah banyak karenah. Ada ke nak tau Eryna dah ada adik ke belum? Jawapannya belum..hihi.. Belum rezeki kami. Tapi kami ok je, semua yang berlaku ada hikmahNya. Allah bagi peluang untuk ahkak tumpukan lebih perhatian kepada Eryna. Kan? Entry kali ni, akak malas nak masukkan apa2 gambar lagi. Saje nak bagi korang suspen. keh keh keh. Suspen lah sangat kan? Padahal akak malas nak cari. Jangan berangan nak tengok akak kurus, sebab akak takde sebab nak kurus. boley gitu? hahahah... perasaan je nak kurus tapi selera tu belum ada lagi. keh keh keh Nak bebel apa dah tengahari ni. Nak kemas rumah, en vacuum plok membakarkan diri sendiri. Terpaksa lah ahkak bertabah seharian arini, pandang laptop aje...  Dahlah ye. ahkak dah tak tau nak share apa. korang doa2knlah akak jad...

Selamat tahun baru 2016!

Rasanya belum terlambat bee nak ucapkan selamat tahun baru 2016 kepada semua yang sudi membaca dan sudi membelek entry2 lama dalam blog bee yang secoet ni. Semoga post2 berkenaan dapat lah sedikit sebanyak memberi manfaat buat anda semua. Banyak sebenarnya yang berlaku sepanjang bee "bercuti" dari menulis di blog kesayangan ramai ni. Cuma penyakit M sentiasa bersarang. Bee cuba sedikit sebanyak kurangkan penyakit ni..hihi.. Kita bermula dengan kehadiran orang baru dalam keluarga besar kami. Ehem ehem, jangan salah faham. Eryna masih sulong dan seorang setakat ni. Semoga rezeki untuk adik eryna pada tahun baru ni. In shaa Allah. Kita cerita pasal kehadiran 2 orang anak sedara comey. Seorang lahir pada bulan 5 2015. Bukan yang besar sebelah tu..sikecik Insyirah comey kesayangan kami semua. Dah 7bulan, baru sempat umi bercerita pasal kamu. Maaf ye sayang. Dan yang kedua ni sayang, boboy kedua dalam famili besar kami. Baru je lahir bulan 12 2015. Alhamdulillah. Semoga...

Dimana ada makanan, disitu ada ErynaFirzanah

Ada yang tak kenal siapa ErynaFirzanah ni? Nampak sangat tak pernah baca blog bee..hikhikhik Inilah anak umi dan abah Kalau nak kenal, itulah sibudak kecik Eryna..hobi dia banyak..suka "kemas barang", suka "membaca", dan macam2 lagi..hobi yang paling dia suka dan tak boleh kalo tak buat sehari adalah MAKAN!! Jangan tak tau ye, teacher dia kat sekolah pun pening dengan dia..sebabnya suka makan dan tambah makanan dan lagi tambah makanan..hahaha...umi dia pun dah tak tau camane nak bagitau..abis selera dia, takkan lah umi nak marah.. Benda kedua dia suka Mealshake shaklee..memang dia akan mintak kalo tak buat dia akan bancuh sendiri mealshake dia..yelah anak umi ni dah besar..alhamdulillah..kalo tanye kenapa eryna nak minum mealshake ni? Dia cakap sebab dia nak putih..hahaha..sabo ajelah bdk tecit sorang ni...hihihi Nampak ni? Perkara ketiga dia suka makan adalah bawang dalam ikan singgang...aduhai, terpaksa lah umi letak bawang banyak2 dalam ikan singg...

3 sebab kenapa bee suka bisnes shaklee

Wow.. ramai rupanya yang tertunggu2 entry dari bee. Jangan tak tau, walau bee tak post apa2 entry, anda tetap mengunjungi blog bee..terima kasih tau..terima kasih sangat2 Ok berbalik kepada tajuk asal, ramai jugak yang bertanya malahan yang mengajak bee bisnes lain..contoh paling senang, dropship handbag lah, barangan kosmetik laa...bee memang minat berniaga tapi handbag dan kosmetik bukan keutamaan..sebab nya bee memang jenis Malas Make up, dan bukan suka tukar2 handbag..so, its not my type laa..senang cite kan Meh bee bagitau kenapa bee pilih shaklee sebagai bisnes...padahal bee bermula sebagai consumer je 1. Sebab bee dapat beli barangan shaklee dengan harga ahli...hampir 30% diskaun tau..bukan sikit2..kalo dapat bonus, bolehlah beli Collagen dan VIVIX dengan duit bonus...sape taknak kan??? 2. Selain tu, bee dapat bantu org sekeliling bee yang perlukan pendapatan sampingan..mungkin ada org yang kate alahai rm200 je bonus dapat bulan2, tapi bagi sesetengah org, rm200 tu banya...

Suplemen untuk Masalah Jerawat, Jeragat dan parut pada KULIT

Alhamdulillah walaupun bee dah jarang sangat update blog ni, tapi kunjungan anda setiap hari tak pernah putus..bukan taknak update, bukan malas tapi kononnya takde masa..padahal org lain pun ada 24jam jugak sau hari kan, tapi boleh je update apa..alasan semata2..betul betul?? Hari ini, bee nak share produk yang bee jarang2 sekali tinggal sebabnya 3benda ni dah jadi wajib dalam hidup bee..kalo dulu makan Vitamin C untuk bantu sistem imun tubuh..ye lah, boleh dikatakan setiap bulan bee dan cikhubby demam..tak demam, selsema laa, batuk laa...so, mulanya amik Vitamin C untuk bantu kuatkan imun tubuh..tapi yang bestnya, jerawat kering dan kulit makin sekata..bukan setakat kulit muka, seluruh tubuh tu...yang bestnya dapat pujian dari cikhubby.. *wink* Kemudian, mula berjinak2 nak konsisten amik B-complex ..hello!! Sejak bee sekolah lagi, mak bee selalu pesan makan B-complex ni..tapi biasalah, budak2 tengah membesar, mane khelas makan vitamin ni...hahaha...b mula2 makan sebab bee n...

IMKK 2015

Bismillahirrahmanirrahim Segala puji bagi Allah,Tuhan sekalian alam...alhamdulillah dengan izinNya, Bee sekeluarga sampai di cheras dengan selamat..alhamdulillah Semua ni dulu cuma impian yang rasanya tak pernah terfikir akan tercapai..cuma impian itu jadi semakin rapat dan dekat bila bee usaha kearahnya...usaha yang macamana? Hmm...contohnya kita nak score exam, kita usaha cari ilmu,cari lecturer kan? Bee usaha nak datang IMKK, bee usaha kenal siapa Dr.azizan ni..cari buku dia, baca...siapa yang pernah datang program dia..semua ku korek dan gali..Allah permudahkan perjalanan bee lepas tu...seperti mimpi Sampai semalam jam 1030mlm..tawakkal sepenuhnya datang cari bilik dekat2 sebab nak elak jam pagi2 nak datang kelas..ya Allah,sekali lagi doa bee dimakbulkan..dipermudahkan segala urusan..Subhanallah, Alhamdulillah Allahu akbar, Laa ilaha illallah..tiada kata mampu diungkapkan..cuma linangan air mata mengiringi tidur smlam..kerana limpahan rahmatNya..alhamdulillah Nasihat seoran...

Fenomena Bola

Semua orang tau pasal perlawanan bola antara Terengganu dan Lions semalam... insiden kebakaran di stadium lagi..belum lagi cerita yang kena pukul yang kena hentam...alahai kerana bola nan satu, abis orang jadi mangsa Meh bee share sket perjalanan bee semalam...start pada mulanya bee beli tiket online...punya lah payah nak boleh order..hampir2 dah nak putus asa tau..tapi nak jadi rezeki, Allah bagi ilham order guna internet explorer..sblm tuguna mozilla pastu chrome..guna ie baru dapat...alhamdulillah rezeki Plan elok2, pkul 530 petang nampak gelap je cuaca..macam nak hujan gitu...terus rasa malas nak pergi stadium sebab malas nak bersesak2 dalam hujan2 ni...tapi sekejap je, dalam pkul 6 petang tu, dah nampak cerah terang benderang langit..terus bersiap elok2 nak g rmah mentua..sbb nak simpan kereta pastu pinjam motor ayah..muahahaha Smpai rumah mak dalam pkul 7 petang jugak sebab jem teruk atas jambatan..semua pun bergerak nak pergi stadium.. terus terdetik dalam hati "heba...