Oct 23, 2017

Pulau Kapas Day 1

Baru2 ni Kak Bee dapat tawaran kursus di Pulau Kapas. Mula2 rasa mcm taknak lah. Tapi bila fikir balik, peluang tu. Dahlah tak pernah pergi, org ajak pergi free pulak. Rugilah kalau tak ikut. Tanye cik hubby, dia cakap pergi je. Eryna nanti dia jaga. No prob. Ahkak pun apa lagi, YAHOOOO

Pada mereka yang tak tahu dimana Pulau Kapas ni, Pulau Kapas merupakan salah satu pulau pelancongan yang cantik di Terengganu. Lokasi Pulau Kapas yang terletak di perairan Laut China Selatan dan berada dalam Daerah Marang.

Gambar tuan tanah kedaung

Bot bertolak dari jetti pukul 1030 pagi lebih kurang. Perjalanan tak lama pun dalam bot. Dalam 15minit je. Dah sampai je kami semua terus diberi bilik. Alamak, lupe nak amik gambar bilik, exited benor sampai pulau kan. 😝😝

Program start pukul 2 petang, kami pun berjalan sekeliling resort. Lupa nak bagitau,  kami berprogram di Ombak Kapas Resort. Alhamdulillah, cantik tempatnya. Nanti akak cuba amik sebanyak mungkin gambar2. 
 
 
Oleh sebab akak duduk Kuala Terengganu je,  jadi perjalanan dari rumah ke sini tak melebihi 2marhalah, kami tidak dibolehkan untuk solat jamak dan qasar. :) Jangan risau, resort ni juga menyediakan surau untuk kita berjemaah. Cumanya atas nak dengan taknak je. Boleh je solat dalam bilik. Takde masalah. Sejadah pun disediakan. Alhamdulillah


Abis je program petang, lepas solat asar, kami pun terjun dalam air. Kah kah kah. Nampak sangat penipunya. Ahkak tak terjun pun, bagi peluang adik2 je. Akak duk atas jaga barang2 je. Lagipun akak tak berapa seronok nak main takde anak.Tiba-tiba rindu anak umi. Jarang2 tinggal macam ni laa jadinya

Banyak aktiviti boleh buat kat sini. Boleh berkayak, boleh juga snorkling. Cuma semua aktiviti ni kena sewa peralatannya. Tapi akak takde mood nak main laut. Sekadar menikmati pemandangan pun dah rasa seronok.
 
 
Mlm pun takde buat apa pun. Masuk kelas je. Alhamdulillah, kelas pun seronok sebabnya penceramah yang terlibat sangat best. Takde mengantuk. Kami kursus gelak2. Hilang stres betul!

Nanti Kak Bee sambung kisah kursus ni lagi. Hilang idea. hahahaha

Oct 10, 2017

Hanya ALLAH tempat mengadu



Walau apa pun yang berlaku, pastinya ada hikmah disebaliknya. Yakin dan percaya lah bahawasanya Allah punya rancangan yang lebih hebat untuk kita. Kita hanya perlu bersyukur sentiasa. Kerana kita hanyalah hambanya yang serba kekurangan.

Jika kita mampu berSYUKUR dengan apa yang kita ada sekarang, kita tidak akan pernah risau atau fikir dengan apa yang bukan milik kita. Yang pentingnya, SYUKUR lah. sentiasalah mengucapkan ALHAMDULILLAH.
Senangkan untuk menuturkan perkataan2 ni, tapi untuk kita yang mengalaminya, hanya Allah je yang tahu. Betapa hancur luluhnya hati, betapa jatuh terduduknya diri, betapa rendah dirinya rasa bila terjadinya sesuatu perkara yang bukan dalam kehendak hati kita. Betul kan?

Tapi, siapalah kita untuk menidakkan qada dan qadar yang telah ditetapkan untuk kita. Walau luluh hancur hati, walau jatuh terbaring sekalipun, inilah jalan yang perlu kita lalui. Berhentilah menyalahkan orang sekeliling. Cuba pandang cermin dan lihat diri sendiri. Mungkinkah segala apa yang terjadi adalah dari sikap kita sendiri.

Ambil masa, pejamkanlah mata. Renungkan dan cubalah untuk redha untuk semua. Berdiam bukan kerana kita berputus asa. Tapi untuk kita kembali kumpul kekuatan diri untuk hadapi. Allah lebih mengetahui.


Hati ini milik DIA
Jiwa ini hak DIA
Diri ini kepunyaan DIA
Perasaan ini pinjaman DIA

Senyumlah sayang.
Bergembiralah wahai hati.
Tenanglah dalam jiwa.
ALLAH itu ada

Rezeki Allah dalam pelbagai bentuk. Nikmatilah semuanya dalam hidup. Jangan fikir mana yang bukan milik kita. Terima kekurangan. Hargai kelebihan.

:)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...