Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Ogos, 2018

Get well soon my baby

Sejak ahad(12/8/2018) eryna demam dan mengadu sakit kepala. Day 1 kamj cuma ke klinik private je memandangkan panel abah dia masih ada baki kan. So, doktor klinik cuma bagi ubat demam je. Malam tu eryna tetap demam walaupun dah makan ubat demam. Risau dan susah hatinya rasa. Dia jarang sakit, bila sakit gini risaulah sket. Eryna tak boleh tidur, umi lebih lagi tak boleh tidur.  Esoknya(13/8/2018), akak amik cuti sebab jaga eryna kat rumah. Kebetulan ada pegawai dari pejabat kesihatan buat pantauan dekat kawasan rumah akak tu. Rupanya selang 2buah rumah ada yang kena demam denggi. So, bila pegawai tu dengar anak akak pun demam, dia datang melawat. Bila dia tanya "demam ni ada selsema tak?" akak jawab "takde". Terus pegawai tu buat surat untuk refer Klinik Kesihatan(KK) Hiliran.  Petang nya Akak pun bawak eryna g KK. Doktor amik darah. Tapi result yang keluar semua dlm kadar normal(akak pun tak pasti apa kebenda yang dia test. Yang akak paham cuma platlet je. Ahahaha)