Jun 30, 2011

Kalah PM

sibuknye aku pagi ni mengalahkan PM...ye laa, ape bleh buat, asal khamis je, gini laa keje aku..awal2 tanak siapkan.bila datang khamis, mula sibuk...hehehe

tak sabar nak abihkan arini sebabnye esok adalah masa rehat aku dgn cik hubby dan eryna..suke...suke..dan suke lagi...^_^

oleh sbb aku buat entry mls2..aku letak gmbar jelaa..bleh gitu??

mane bleh..aku mesti nak bercerita jugak kan..aku kan byk ceritanye..hehehe...arini aku nk cerita pasal manusia jenis perfectionist...agaknye ada ke manusia mcm ni??

kalo difikir2, mesti rmai org suke kalo jumpe manusia mcm ni..tp sorry to say, not me...manusia yang jenis mcm ni, dalam tak dia sedar, dia pasti menyusahkan ramai org disekeliling dia..dalam tak sedar hokey...aku tak kate manusia macam ni jahat, cuma dia mau keje yang dia lakukan, perfect..mana ada dlm dunia ni perfect??acu cuba bg nama sape yang perfect...huhuhu

aku jumpe dan sedang bekerja dgn manusia yang mcm ni...sabo ajelaa..dalam dia tak sedar, dia dah byk menyusahkan aku dan rakan2 yang lain...hmm...tolong laa, takde satu pun dlm dunia ni perfect..yang penting, bile dah buat satu2 benda, cukup laa sekadar bdoa supaya diterima..

meh aku bg satu situasi;

keje tu mmg aku yang buat, jd aku bagi kat PM(Perfect Man) untuk die buat yang seterusnya(dokumen yang aku buat ni cuma sokongan jelaa)..lepas 2-3 hari, tiba2...

PM : benda ni mmg tajuknya macam ni ke??

aku : ye..mmg macam tu je tajuknya...

PM : takde laa, takut2 nye tajuk nya lain...

aku : ye betul..mmg itu je tajuknye...

PM : bukan ape, sy takut u tersalah tgk...mane tau tajuknya panjang ke ada sebut nama2 jalan ke....

aku : takpe2..sy check (dgn nada sakit ati + jantung-muka dah masam nih)

heloooo...aku yang buat tu..aku tau laa...geramnyeeeee...oleh sbb die bos, aku sabarkan aje...aku check lg sekali dan aku humban semuanye depan meja die...bukan sikit2 ni...berpuluh2 aku kene belek...geram tau..sesekali bleh laa...kalo dah tiap2 ari dan tiap2 keje aku, aku kene tgk smpai 5 6 kali...benda same je...aduh...duk melayan kerenah kamu PM..mmg menyakitkan ati aku...

tp jgn salah phm, dia baik..sangat baik smpaikan, takde sape nak buat keje same2 dgn die...sbb die terlalu baik...sume keje die akan sanggup buat, tp bile dah nak tamat tempoh, dah nak luput tarikh, baru sibuk nak suh assistant die (aku la tu) tolong buat...aiyoooo...sabo ajelaaa....

p/s : aku jeles dgn SYA ... bile aku nak bukak bisnes sendiri niiiii

Selamat Pengantin Baru FIZA & MAN

entry basi nih..dah dekat sebulan dah...tp nak jugak cerita...

aku nak ucapkan tahniah buat kawan aku FIZA dan MAN..sungguh aku tak sangka mcmane laa korang bertemu jodoh ni...

diorg ni dulu satu sekolah dgn aku...masa skolah sikit punye pemalu si MAN ni...(bukan pemalu jugak, pendiam lebih sesuai kot)...FIZA ni plak, gege(org klantan sebut) gile ah...mcm aku...heheheh

bile laa ddpt jumpe korang ek..aku nak korek rahsia ni..camane bleh jumpe nih...hehehe...(act. bukan nak korek sgt, rindu nak jumpe borak2 dgn kawan2 lama)...

to MAN & FIZA...so sorry tak dapat nak duk lama masa majlis korang...bile korang ada anak, korang akan paham laa kenape..huhuh...ape2 pun, selamat pengantin baru...layankan ajelaa gmbr2 yang tak seberapa ni ye...

3dari kiri : mawaddah, aku, eryna, FIZA, MAN dan fae...^_^ 

1gmbar pelamin je masa kat rumah FIZA..tak smpat nak jumpe pengantin

2 

P/S : SELAMAT PENGANTIN BARU buat kamu berdua...smoga cepat2 dapat baby...^_^

Jun 29, 2011

Ringkasan Peristiwa Israk & Mikraj

 

Sebelum Israk dan Mikraj

Rasulullah S.A.W. mengalami pembedahan dada / perut, dilakukan oleh malaikat Jibrail dan Mika'il. Hati Baginda S.A.W.. dicuci dengan air zamzam, dibuang ketul hitam ('alaqah) iaitu tempat syaitan membisikkan waswasnya. Kemudian dituangkan hikmat, ilmu, dan iman.ke dalam dada Rasulullah S.A.W. Setelah itu, dadanya dijahit dan dimeterikan dengan "khatimin nubuwwah". Selesai pembedahan, didatangkan binatang bernama Buraq untuk ditunggangi oleh Rasulullah dalam perjalanan luar biasa yang dinamakan "Israk" itu.

Semasa Israk ( Perjalanan dari Masjidil-Haram ke Masjidil-Aqsa ):

Sepanjang perjalanan (israk) itu Rasulullah S.A.W. diiringi (ditemani) oleh malaikat Jibrail dan Israfil. Tiba di tempat-tempat tertentu (tempat-tempat yang mulia dan bersejarah), Rasulullah telah diarah oleh Jibrail supaya berhenti dan bersembahyang sebanyak dua rakaat. Antara tempat-tempat berkenaan ialah:

  1. Negeri Thaibah (Madinah), tempat di mana Rasulullah akan melakukan hijrah.
  2. Bukit Tursina, iaitu tempat Nabi Musa A.S. menerima wahyu daripada Allah;
  3. Baitul-Laham (tempat Nabi 'Isa A.S. dilahirkan);

Dalam perjalanan itu juga baginda Rasulullah S.A.W. menghadapi gangguan jin 'Afrit dengan api jamung dan dapat menyaksikan peristiwa-peristiwa simbolik yang amat ajaib. Antaranya :

  • Kaum yang sedang bertanam dan terus menuai hasil tanaman mereka. apabila dituai, hasil (buah) yang baru keluar semula seolah-olah belum lagi dituai. Hal ini berlaku berulang-ulang. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah kaum yang berjihad "Fisabilillah" yang digandakan pahala kebajikan sebanyak 700 kali ganda bahkan sehingga gandaan yang lebih banyak.
  • Tempat yang berbau harum. Rasulullah S.A.W. diberitahu oleh Jibrail : Itulah bau kubur Masyitah (tukang sisir rambut anak Fir'aun) bersama suaminya dan anak-anaknya (termasuk bayi yang dapat bercakap untuk menguatkan iman ibunya) yang dibunuh oleh Fir'aun kerana tetap teguh beriman kepada Allah (tak mahu mengakui Fir'aun sebagai Tuhan).
  • Sekumpulan orang yang sedang memecahkan kepala mereka. Setiap kali dipecahkan, kepala mereka sembuh kembali, lalu dipecahkan pula. Demikian dilakukan berkali-kali. Jibrail memberitahu Rasulullah: Itulah orang-orang yang berat kepala mereka untuk sujud (sembahyang).
  • Sekumpulan orang yang hanya menutup kemaluan mereka (qubul dan dubur) dengan secebis kain. Mereka dihalau seperti binatang ternakan. Mereka makan bara api dan batu dari neraka Jahannam. Kata Jibrail : Itulah orang-orang yang tidak mengeluarkan zakat harta mereka.
  • Satu kaum, lelaki dan perempuan, yang memakan daging mentah yang busuk sedangkan daging masak ada di sisi mereka. Kata Jibrail: Itulah lelaki dan perempuan yang melakukan zina sedangkan lelaki dan perempuan itu masing-masing mempunyai isteri / suami.
  • Lelaki yang berenang dalam sungai darah dan dilontarkan batu. Kata Jibrail: Itulah orang yang makan riba`.
  • Lelaki yang menghimpun seberkas kayu dan dia tak terdaya memikulnya, tapi ditambah lagi kayu yang lain. Kata Jibrail: Itulah orang tak dapat menunaikan amanah tetapi masih menerima amanah yang lain.
  • Satu kaum yang sedang menggunting lidah dan bibir mereka dengan penggunting besi berkali-kali. Setiap kali digunting, lidah dan bibir mereka kembali seperti biasa. Kata Jibrail: Itulah orang yang membuat fitnah dan mengatakan sesuatu yang dia sendiri tidak melakukannya.
  • Kaum yang mencakar muka dan dada mereka dengan kuku tembaga mereka. Kata Jibrail: Itulah orang yang memakan daging manusia (mengumpat) dan menjatuhkan maruah (mencela, menghinakan) orang.
  • Seekor lembu jantan yang besar keluar dari lubang yang sempit. Tak dapat dimasukinya semula lubang itu. Kata Jibrail: Itulah orang yang bercakap besar (Takabbur). Kemudian menyesal, tapi sudah terlambat.
  • Seorang perempuan dengan dulang yang penuh dengan pelbagai perhiasan. Rasulullah tidak mempedulikannya. Kata Jibrail: Itulah dunia. Jika Rasulullah memberi perhatian kepadanya, nescaya umat Islam akan mengutamakan dunia daripada akhirat.
  • Seorang perempuan tua duduk di tengah jalan dan menyuruh Rasulullah berhenti. Rasulullah S.A.W. tidak menghiraukannya. Kata Jibrail: Itulah orang yang sia-sia umurnya sampai ke tua.
  • Seorang perempuan bongkok tiga menahan Rasulullah untuk bertanyakan sesuatu. Kata Jibrail: Itulah gambaran umur dunia yang sangat tua dan menanti saat hari kiamat.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S.A.W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat.

Semasa Mikraj ( Naik ke Hadhratul-Qudus Menemui Allah ):

Didatangkan Mikraj (tangga) yang indah dari syurga. Rasulullah S.A.W. dan Jibrail naik ke atas tangga pertama lalu terangkat ke pintu langit dunia (pintu Hafzhah).

  1. Langit Pertama: Rasulullah S.A.W. dan Jibrail masuk ke langit pertama, lalu berjumpa dengan Nabi Adam A.S. Kemudian dapat melihat orang-orang yang makan riba` dan harta anak yatim dan melihat orang berzina yang rupa dan kelakuan mereka sangat hodoh dan buruk. Penzina lelaki bergantung pada susu penzina perempuan.
  2. Langit Kedua: Nabi S.A.W. dan Jibrail naik tangga langit yang kedua, lalu masuk dan bertemu dengan Nabi 'Isa A.S. dan Nabi Yahya A.S.
  3. Langit Ketiga: Naik langit ketiga. Bertemu dengan Nabi Yusuf A.S.
  4. Langit Keempat: Naik tangga langit keempat. Bertemu dengan Nabi Idris A.S.
  5. Langit Kelima: Naik tangga langit kelima. Bertemu dengan Nabi Harun A.S. yang dikelilingi oleh kaumnya Bani Israil.
  6. Langit Keenam: Naik tangga langit keenam. Bertemu dengan Nabi-Nabi. Seterusnya dengan Nabi Musa A.S. Rasulullah mengangkat kepala (disuruh oleh Jibrail) lalu dapat melihat umat baginda sendiri yang ramai, termasuk 70,000 orang yang masuk syurga tanpa hisab.
  7. Langit Ketujuh: Naik tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Ma'mur dihadapi oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W., Nabi Ibrahim A.S. bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu adalah akhir umat dan terlalu dha'if, maka berdoalah untuk umatmu. Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH... Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu:SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga". Setelah melihat beberapa peristiwa lain yang ajaib. Rasulullah dan Jibrail masuk ke dalam Baitul-Makmur dan bersembahyang (Baitul-Makmur ini betul-betul di atas Baitullah di Mekah).
  8. Tangga Kelapan: Di sinilah disebut "al-Kursi" yang berbetulan dengan dahan pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. menyaksikan pelbagai keajaiban pada pokok itu: Sungai air yang tak berubah, sungai susu, sungai arak dan sungai madu lebah. Buah, daun-daun, batang dan dahannya berubah-ubah warna dan bertukar menjadi permata-permata yang indah. Unggas-unggas emas berterbangan. Semua keindahan itu tak terperi oleh manusia. Baginda Rasulullah S.A.W. dapat menyaksikan pula sungai Al-Kautsar yang terus masuk ke syurga. Seterusnya baginda masuk ke syurga dan melihat neraka berserta dengan Malik penunggunya.
  9. Tangga Kesembilan: Di sini berbetulan dengan pucuk pokok Sidratul-Muntaha. Rasulullah S.A.W. masuk di dalam nur dan naik ke Mustawa dan Sharirul-Aqlam. Lalu dapat melihat seorang lelaki yang ghaib di dalam nur 'Arasy, iaitu lelaki di dunia yang lidahnya sering basah berzikir, hatinya tertumpu penuh kepada masjid dan tidak memaki ibu bapanya.
  10. Tangga Kesepuluh: Baginda Rasulullah sampai di Hadhratul-Qudus dan Hadhrat Rabbul-Arbab lalu dapat menyaksikan Allah S.W.T. dengan mata kepalanya, lantas sujud. Kemudian berlakulah dialog antara Allah dan Muhammad, Rasul-Nya:

Allah S.W.T : Ya Muhammad.

Rasulullah : Labbaika.

Allah S.W.T : Angkatlah kepalamu dan bermohonlah, Kami perkenankan.

Rasulullah : Ya, Rabb. Engkau telah ambil Ibrahim sebagai Khalil dan Engkau berikan dia kerajaan yang besar. Engkau berkata-kata dengan Musa. Engkau berikan Dawud kerajaan yang besar dan dapat melembutkan besi. Engkau kurniakan kerajaan kepada Sulaiman yang tidak Engkau kurniakan kepada sesiapa pun dan memudahkan Sulaiman menguasai jin, manusia, syaitan dan angin. Engkau ajarkan 'Isa Taurat dan Injil. Dengan izin-Mu, dia dapat menyembuhkan orang buta, orang sufaq dan menghidupkan orang mati. Engkau lindungi dia dan ibunya daripada syaitan.

Allah S.W.T : Aku ambilmu sebagai kekasih. Aku perkenankanmu sebagai penyampai berita gembira dan amaran kepada umatmu. Aku buka dadamu dan buangkan dosamu. Aku jadikan umatmu sebaik-baik umat. Aku beri keutamaan dan keistimewaan kepadamu pada hari qiamat. Aku kurniakan tujuh ayat (surah Al-Fatihah) yang tidak aku kurniakan kepada sesiapa sebelummu. Aku berikanmu ayat-ayat di akhir surah al-Baqarah sebagai suatu perbendaharaan di bawah 'Arasy. Aku berikan habuan daripada kelebihan Islam, hijrah, sedekah dan amar makruf dan nahi munkar. Aku kurniakanmu panji-panji Liwa-ul-hamd, maka Adam dan semua yang lainnya di bawah panji-panjimu. Dan Aku fardhukan atasmu dan umatmu lima puluh (waktu) sembahyang.

Selesai munajat, Rasulullah S.A.W. di bawa menemui Nabi Ibrahim A.S. kemudian Nabi Musa A.S. yang kemudiannya menyuruh Rasulullah S.A.W. merayu kepada Allah S.W.T agar diberi keringanan, mengurangkan jumlah waktu sembahyang itu. Selepas sembilan kali merayu, (setiap kali dikurangkan lima waktu), akhirnya Allah perkenan memfardhukan sembahyang lima waktu sehari semalam dengan mengekalkan nilainya sebanyak 50 waktu juga.

Selepas Mikraj

Rasulullah S.A.W. turun ke langit dunia semula. Seterusnya turun ke Baitul-Maqdis. Lalu menunggang Buraq perjalanan pulang ke Mekah pada malam yang sama. Dalam perjalanan ini baginda bertemu dengan beberapa peristiwa yang kemudiannya menjadi saksi (bukti) peristiwa Israk dan Mikraj yang amat ajaib itu (Daripada satu riwayat peristiwa itu berlaku pada malam Isnin, 27 Rejab, kira-kira 18 bulan sebelum hijrah). Wallahu'alam.

(Sumber : Kitab Jam'ul-Fawaa`id)

Kesimpulannya, Peristiwa Israk dan Mikraj bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi meneladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa Israk dan Mikraj yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar sentiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.

Seandainya peristiwa dalam Israk dan Mikraj ini dipelajari dan dihayati benar-benar kemungkinan manusia mampu mengelakkan dirinya daripada melakukan berbagai-bagai kejahatan. Kejadian Israk dan Mikraj juga adalah untuk menguji umat Islam (apakah percaya atau tidak dengan peristiwa tersebut). Orang-orang kafir di zaman Nabi Sallallahu Alaihi Wasallam langsung tidak mempercayai, malahan memperolok-olokkan Nabi sebaik-baik Nabi bercerita kepada mereka.

Peristiwa Israk dan Mikraj itu merupakan ujian dan mukjizat yang membuktikan kudrat atau kekuasaan Allah Subhanahu Wataala. Allah Subhanahu Wataala telah menunjukkan bukti-bukti kekuasaan dan kebesaran-Nya kepada Baginda Sallallahu Alaihi Wasallam.

Mafhum Firman Allah S.W.T. : "Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat."

(Surah Al-Israa': Ayat 1).

Jun 28, 2011

Ingat tak??

aku : u, kadang2 u ingat tak time kite berchenta dulu??masa manis, masam masin sume laa…

cik hubby : hmmm….(pandang TV)

aku : u, penah tak rs rindu kat i time2 u keje??

cik hubby : hmmm….(tgk je TV)

aku : u, u tak rindu kat i ker??

cik hubby : hmmm….(terus menerus pandang TV tu)

aku : lama2 i “handing” jugak tv ni kat luar

cik hubby : hmmm…

penah tak org lain ada situasi cmni??aku??kdg2 jelaa..itu adalah situasi semalam…bile astro dah anta surat naik harga, aku terasa nak tutup je astro nih…tp ape bleh buat, cik hubby suke tgk bahagian sukan2..takpe laa..die yang bayar..ye tak??hehehe…

motif entry??saje nak berbual n nak tanye kawan2…penah tak korang2 teringat n rindu dengan masa lalu…mesti pernah kan??aku selalu ingat…lebih2 lg time berchenta dgn cik hubby…heheh(gatai noo)andai aku mampu putar balik masa lalu…^_^

p/s : paling tak bleh lupe time mula2 kenal…^_^

1

Jun 27, 2011

Udang disebalik mee

Mee Udang Ksepetang2 sumber my google

aku bukan nak bercerita pasal mee dan udang ok…cerita pasal sekeliling aku…macam biasa laa..aku mane laa pandai nak cerita pasal org lain..heheh

penah tak korang jumpe manusia yang pesennya cr bila perlu aje…aku dah byk kali jumpe ni…hmm…mane nak mula ye…??

aku berkawan dengan sape2 pun, takde niat lain…takde laa nak amik keuntungan or whatever…aku cuma cr kawan bila nak bercerita…mmg asal dari dulu lagi ini laa aku..sekali aku berkawan, insyAllah smpai bila2…unless kalo ada hal2 yang kurang menyenangkan ati aku, aku akan cuba elakkan korang..bukan benci cuma mencari jalan untuk kurangkan dosa aku..ye laa, kalo dah setiap kali jumpe menambah dosa aku, rsnye, aku cuba elakkan laa…dosa yang aku buat ari2 pun rs mcm tak tertanggung dah…nak tmbah lg??mintak jauh2 laa ye…

tp mcmane perasaan nye klo dah cari kawan bile time susah je…ataupun, cr kawan, bile ada benda je…ye laa…nak jual barang ke nak promot ape2 ke, time ni laa cr gile2 kawan2..smpai aku dah naik bosan…masa aku susah, takde sape pun nak amik tau..time aku senang ni, rmai laa yang datang mengendeng(entry takde kene mengena dgn BE yang aku dapat ok..ehehe)

ntah laa…takpe laa…asalkan korang bahagia..dan jgn kaco aku cukup laa…hehe^_^

p/s : tetiba terfikir, mlm ni nak mkn ape ye??mee goreng udang pun sodap nih..^_^

birthday party eryna

cerita lama..cuma baru ada feel nak bercerita…

oleh sebab tahun ni, aku dan cik hubby teramat2 laa sibuk, kami tanak amik risiko buat party besar2 untuk sikecik eryna..kami membayangkan satu majlis kecik sahaja untuk puteri kami ni…oleh sbb itu, kami buat keputusan untuk buat 2 majlis dimana satu akan dibuat di rumah mak mertua, dan satu lagi dirumah mak aku…

jemputan??rumah mak mertua hanyalaa adik beradik cik hubby..macam laa ramai sgt kan…hehehe…

1menu dirumah mak mertua… 

2buat malam…jd rumah nampak malap je..^_^ 

aku tak amik gmbar sgt…mls…sbb masa ni, waktu balik keje…jd penat masih terasa..baju pun tak tukar…hehehe…

masa rumah mak aku plak, aku mmg byg kecik macam rumah mak mentua laa..sekali mak aku pegi panggil sume org kg org2 sekeliling rumah…makcik2..pakcik2…kawan2 rapat…spupu2..aduh..skali jd besar laa pulak…patut laa mak aku sibuk nak buat mee kari…rupenye die panggil rmai…

4 menu…punye laa byk..mcm nak makan sekampung…

5terpaksa laa melawa… 

p/s : nmpak kek tak??tak kan??means..aku rs nak buat skali lg je..kali ni biar ada kek dan cuma kami bertiga…^_^

mendung isnin & BE

berbicara di blog…ape pendapat korang??aku??biasa2 je..aku cuma bercerita pasal kawan2..cerita hal diri sendiri..cerita pasal dunia(jarang2 sgt aku buat..byk bercerita pasal my lil eryna…hmm…takde yang besar pun..sume biasa2 je..hehe

arini isnin..mendung plak diluar…sibuk??biasa2 je…keje ada, tapi bleh je jenjalan blog kawan2…

for the first time aku dapat BE…aku tak penah dapat okey…rs exited sgt..walau pun secoet je yang dapat..tp tetap aku suke…kalo byk keje arini pun, mood aku pasti baik2 saje…hehe…senyum jelaa dimuka arini…^_^

p/s : saje nak tayang … sile laa jelessss

BE

terima kasih kepada NUFFNANG sbb bg i peluang untuk merasa…lepas ni, i akan lebih bersemangat menambah2 entry…

p/s : jd, tak semestinya follower beribu2 baru bleh dapat BE…aku baru 200++..terima kasih kepada kawan2 jugak yang membantu..aku sayang sama kamu…kamu yang bagi aku semangat untuk menulis…^_^

Jun 26, 2011

nak jalan2 lagi…

aku : u, ingat tak kite g redang tahun lepas bulan bape??

cik hubby : ingat..kite g bulan 7

aku : jom g lagi nak??kite g tido satu malam dah laa…g pagi, petang esoknya balik laa…nak??

cik hubby : nnt kite check jadual…best jugak tu

yahooo…aku suke…aku suke…eryna pun suke (mcm tau sgt je eryna suke..heheh)

semalam aku jenjalan kat pantai chendering..jgn tak tau ye, aku mmg suke pada pantai..suke sgt2..kalo dulu, ada problem je, aku pasti ke pantai..kalo tak caye, tanye kawan2 rapat aku..cuma masa belajar kat johor, aku tak jumpe cr pantai..hehehe

bile dah lama tenung pantai tu, teringat kat pulau redang….^_^ tu yang ajak cik hubby pegi tu…sukenye…cik hubby plak suke melayan aku…hehehe..sabo ajelaa…tp yang paling untung, miss eryna laa sbbnye die pegi goyang kaki..aku ngan cik hubby laa yang susah payah angkut die kemana saje..ye tak??hehehe..kalo laa bile die besar nnt die ingat sume nih…^_^

jom layan gmbar2 aku semalam…

5meh ikut abah…meh… 

2jap laa..eryna nak duduk nih… 

4agaknye ape yang eryna sebut tu???ombakkk…hehe 

1

3 jom jalan2…^_^

p/s : kalo sape2 yang nak tgk gmbar aku ke redang thn lepas…bukak laa entry ni ^_^

http://cksabihah.blogspot.com/2010/07/redang-island-on-30th-june-2nd-july.html

baru nak jenjalan

wahai sahabat2 sekalian…sesungguhnye aku sibuk tahap gaban pagi ni..bagi sesape yang duk luar dari kawasan (luar terengganu, kelantan dan kedah) besh laa kamu berehat2 je arini ye..aku ni ha..keje dah tau arini…hehehe

kdg2, itu laa yang sering berlegar2 dlm otak kite, nak cuti je kan?tak kate kat sesape, aku pun nak..dah keje ni satu tanggungjawab..laksanakan dulu tanggungjawab nih..bile dah free tu, bleh laa ronggeng kan?? ^_^

aku ni, terfikir laa nak berniaga…ye laa, keje dengan org ni, yang masuk bulan2 cuma gaji tu je laa…tp kalo keje sendiri, atas usaha kite sebenarnya…rajin kite, byk laa dapat…kalo malas, ape pun tak bleh…hehehe

aku ingat, lepas raye nih laa aku nak cuba2 berniaga..korang tunggu je laa, produk ape yang keluar nnt…ntah2 produk tuuuut…hahaha…mintak jauh laa..aku nak berniaga yang simple2 je..hehe^_^ doa2kan ye kawan…

aku nak jalan2 nih…tunggu kedatangan aku k??

1

Jun 21, 2011

Keje...keje...



Keje aku mkin menimbun...sabo ajelaa..nmpak gayanya tpaksa aku lupekan sbentar aktiviti menulis entry panjang2...pendek2 punye entry insyAllah aku cuba usahakan..k?

Lepas je selesai keje aku,aku try terjah balik entry sahabat2 yang ttinggal...sorry ye darling...


Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Posted via Blogaway

Jun 16, 2011

website gov kene hack…

aiyoo…aku tanak komen byk2…kang silap komen, padah jawabnye…

kalo nak tau lebih lanjut, bleh try bukak web ni…

http://www.tourmalaysia.com.my

http://jbiotech.gov.my/admin/

aku dgr2 byk jugak web yang kene tp yang aku bukak dan pasti 2 ni je setakat ni…gmbar yang keluar…

1

p/s : rakyat malaysia sume dah bijak pandai…aku kagumm

Jun 15, 2011

Berita basi

Actually byk cite basi yang aku tak cerita kan...huhu..bukan tanak cite...cuma rs bnda tak penting pun..heheh

Aku cerita satu2 laa ye...ari ahad ni birthday eryna sikecik tu...alhamdulillah..dah besar dah die...pagi ni time on da way datang keje, tnmpak laa spasang suami isteri naik moto bwk bby..aku tunjuk kat eryna...nk tau ape die tanye?

"Umi...adik naik moto?" Pastu,pegang perut aku tanye lg "adik eryna?"aiyooo...sabo jelaa...aku gelak je dlm kete...cik hubby pun diam je...ye laa...bukan tanak cik eryna sayang ooi...takde rezeki lg...sabo ajelaa

Dah besar dah eryna..dah paham bile aku ckp bahaya..dah reti kalo ckp tajam tu...tau bila patut tgk tv..bile perlu tido...eryna dah lengkapkb hidup umi n abah...insyAllah..kalo ada rezeki,ada laa nnt adik eryna...sabar ye sayang...hehe

Kejap je masa berlalu...kadang2 masih teringat saat2 bahagia masa berchenta(ceewah) ... skrg dah ada anak dah...dah besar dah pun...bile tgk kawan2 yang baru kawen,baru terasa aku kawen awal..padahal aku kawen masa umur 24 dah..mcm dah lewat kn?tp tu laa..org lain lg lewat dr aku...sabo ajela...


Jun 13, 2011

Mlm ni…

sumber SINI

Pasukan Piala FA dan kontinjen SUKMA Terengganu dirai malam ini

Oleh: Kamarudin Mat Akib


Kerajaan Terengganu merancang untuk meraikan pasukan bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA dan kontinjennya yang menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, dalam satu majlis besar-besaran, di Dataran Shahbandar malam ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dijadualkan berangkat pulang ke Terengganu petang ini, bagi meraikan wira-wira tersebut yang telah mengharumkan nama negeri ini di bidang sukan.

Orang ramai, khususnya peminat sukan dijangka turut membanjiri dataran tersebut bagi meraikan kemenangan wira-wira mereka.

Teganukita difahamkan, Menteri Besar akan bergegas pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat penting bagi membolehkan beliau turut hadir ke majlis yang penuh makna itu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Encik Rosli Zakaria ketika dihubungi Teganukita mengesahkan Menteri Besar akan hadir pada majlis malam ini dan dijangka mengumumkan sesuatu yang bukan saja menggembirakan skuad Piala FA dan para atlet yang terlibat, tetapi seluruh rakyat Terengganu.

Rakyat seluruh negeri kini tertunggu-tunggu pengumuman rasmi daripada Menteri Besar berkaitan cuti umum bagi menghargai skuad Piala FA dan kontinjen Sukma.

Para pemimpin kerajaan dan badan-badan sukan turut dijemput menyertai majlis pada malam ini yang dijadualkan bermula selepas solat Isyak.

p/s : sama2 laa kita nantikan malam ni…hehehe

birthday party??

jgn tak tau, birthday eryna is around the corner…niat2 dihati, nak bg laa giveaway kat kawan2 yang sentiasa memberi semangat kepada aku untuk berbelog…hehehe..pendapat plsss…

10hb june baru2 ni, adalah birthday my big boss…so, dengan best nye, semalam kami2 staf2 yang sayang sama bos, membeli kek kononnye nak buat surprise…tp takde laa surprise sgt pun..hehehe

2 sekali beli 3 bijik ko…heheh…ape bleh buat..adik beradik rmai…

stiap tahun, kami mesti sambut…kami di ofis ni dah macam satu family…bukan ape, bleh dikatakan kebanyakkan masa sedar kami adalah di ofis…yelaa..balik rumah je, dah malam…pastu, tido…bgn je tido, pegi keje plak..weekends pun kadang2 berada di ofis…sabo ajelaa…^_^

3 sebahagian dari keluarga anjung ikhtisas..^_^

kadang2, biasa laa adik beradik bergaduh..adat laa kan??sedangkan lidah lg tergigit..hehehe…cuba teka..mane satu bos aku??

1gmbar diatas…rozieYAYA azura…aida…aku…^_^ 

p/s : nak buat birthday party untuk eryna ke tak ni??buat kat rumah ke kat taska??aiyooo…

Jun 12, 2011

Terengganu Menang…Kelantan Cuti…

hahaha…takpe2 warga terengganu..sume ni ada hikmah..jgn marah2..mungkin MB tunggu keputusan SUKMA kot…ye laa…takkan nak umum cuti smpai 2hari…hehehe

semalam??aku tak layan bola…dulu time mula2 kawen, selalu jugak teman cik hubby layan bola..skrg, sibuk dgn eryna je..bukan tanak teman…kalo aku g teman, sikecik sibuk nak tgk cite die plak…mengganggu plak cik hubby..hehehe

ape2 pun, aku sebagai warga terengganu, bangga jugak wehh…dah lama dah tak dgr kisah bola trg menang ni…(ke sbb aku tak berapa amik tau??)…rs exited pun ada….walau aku tak kenal sesape yang main tu, aku tetap nak ucapkan tahniah dan syabas sbb mampu main smpai ke wisel penamat…bukan skejap woo..aku pun dpt tau gol kemenangan pun dlm masa tambahan..maknanye semangat pemain2 kita tu patut diberi pujian..kan??

panjang pulak puji2 ni..heheh..ape2 pun, tahniah laa ye terengganu…^_^

Jun 8, 2011

Wednesday Writting dan Lamb Chop

bile tiba ari rabu je, ramai laa buat cite wordless wednesday…heheh..jd, lain sket ah tajuk entry aku arini…heheheh

semalam punye entry, aku tanye nak makan ape kan??aku mmg laa teringin nak makan donut tu, tp ape bleh buat…selera cik hubby lebih mengatasi…

aku buat LAMB CHOP tak cukup sifat semalam….sbbnye aku tak buat kentang putar..aku cuma buat lamb, sos lada hitam ngan coleslow..hehe

resepinye dari SINI…kalo malas nak bukak link tu, amik aku bg resepi…^_^

Resepi Sos Perap untuk Lamb

  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu  besar sos cili atau sos tomato ~aku letak dua2
  • 1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus) ~aku letak serbuk je
  • 2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )
  • 1 sudu besar sos lada hitam (yang ni aku sendiri2 tambah)

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

Resepi Coleslaw

Bahannya

  • 1/2  biji kubis ( saiz kecil )
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream ~ tak letak pun
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice ~aku letak jus limau nipis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar ( option)

Cara penyediaan

  1. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

Resepi Sos Lada hitam untuk Lamb Chop

  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus) ~aku guna serbuk lada hitam jeee (malas tumbuk..hhehehe)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.~ aku letak kiub ayam
  • Sedikit garam

Cara membuatnya

  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

oleh sbb aku mmg dah amik gmbar siap2 semalam…aku tayang laa dinner aku semalam..jgn jeles ye…sila laa cuba…^_^

22

11

p/s : gmbar nampak mcm lain2 kan?tp sbnrnye gmbar sama..cuma setting camera je yang lain…biasa laa, camera ciput je..jd hasil gni jelaa^_^

cerita segment mr BA semalam

sorry lambat update blog arini…lenguh jugak sbnrnye bile membaca blog2 org ni…kepada rakan2 di alam maya, kalo aku ada masa, pasti aku terjah blog kome…cuma kadang2 je aku tinggalkan jejak, bukan sbb entry2 lamu tidak ada info, cuma aku takut nak komen2 ni..aku ni suke bergurau..takut gurauan aku tu menyinggung perasaan org..jd, aku lebih suke berdiam diri aje…^_^

alhamdulillah, pada mereka2 yang komen kat segmen mr BA tu, sume aku dah terjah..dan dah masuk list aku…cuba laa check tengok..k??

anyway..salam kenal untuk semua..aku akan cuba jd blogger baik yang rajin dari masa ke semasa..insyAllah…^_^

p/s : bile dah ramai kenalan, terasa diriku begitu berharga…hahahaha

Jun 7, 2011

Puasa

dah masuk rejab baru nak ganti puasa..aku tak kate kat org k??aku ckp ngan diri sendiri…hahaha

kalo abih je arini puasa, tertunai laa sudah hutang puasa aku..hehe…

oleh sebab puasa, mula laa selera nak macam2…biasa laa…nafsu sume tu kan??walau dah tau pun, aku tetap duk pk nak makan ape arini…semalam bukak puasa mkn mee rebus je…cik hubby tak sihat..die nak makan mee rebus, walau aku dah merancang mcm2, tetap ikut selera die..huhuhuh

kalo ikutkan selera aku arini, terasa nak makan big apple donut (mentang2 big apple dah bukak kat giant KT nih..heheh)tp mcm malas nak gerak g beli petang nnt…hmmm..nak makan ape ye??ape kate korang bg cadangan??hehehe

p/s : buat lamb chop best jugak nih…^_^

imagegmbar cilok dari mr google

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

santai ben ashaari 5

saje laa..arini aku free sket..esok pun mcm free jugak…byk waktu free aku lately…sbnrnye aku menunggu minggu depan yang dah sah2 keje menimbun…jd, ape laa salahnye aku join segmen2 mr Ben nih…dah lama tak join

jom2 tukar link…aku akan sediakan satu bahagian di sisi blog ni untuk letak link korang…^_^

nak join?? klik sini

http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-tukar-sama-suka-lagi.html

My Lil Eryna

dah lama tak update cite pasal eryna…lagi 12 hari, eryna cukup 2tahun…skejap je rsnye masa berlalu…rsnye baru je terasa perasaan seorg yang bergelar umi…skrg, eryna dah mula belajar mcm2 benda…

setiap kali balik dr taska, bila ditanya, “eryna makan ape arini?” pasti sayur jawapan kegemaran eryna…umi suke dengar tu..its mean, usaha umi untuk buatkan eryna suke sayur, berhasil…mmg betul pun..stiap kali makan, mesti eryna mintak sayur…hepi nye umi…^_^

skrg, vocab eryna dah byk…bleh sebut macam2…ape yang umi tanye, semua eryna jawab..cuma kadang2 ada laa jawapan yang salah sbbnye die tak tau ape nak jawab..hehehe

kalo dulu, eryna tak suke tonton tv, sejak ada babytv (618) kat astro, umi dah bleh tinggal eryna depan tv…dapatlaa umi buat kerja rumah tanpa bantuan eryna…^_^

dah beberapa minggu dah eryna berenti menyusu dgn umi…adalah sesekali eryna rindukan susu umi..umi tak paksa eryna berhenti susu, tp eryna sendiri yang mintak buatkan susu botol…umi redha..umi cuma mahukan yang terbaik untuk eryna…

cuma skrg, masalah umi yang utama, eryna terlalu byk ckp…selagi tak tido, eryna pasti berbual dan menyanyi…ntah ape yang di bualkan…ntah ape yang di nyanyikan…hehehe

ni umi nak list down ape eryna suka dan ape yang eryna tak suke…

eryna suke

  1. sayur
  2. babytv(618)
  3. naik bicycle
  4. naik motorcycle
  5. cat (tp takut nak dekat)
  6. kiss umi
  7. usik abah
  8. mee rebus
  9. donut
  10. berbual
  11. menyanyi

eryna tak suke

  1. cicak
  2. kene marah (sape suke kan??)
  3. kiss abah (mungkin sbb misai n janggut kot..heheh)
  4. kene tinggal time hujung2 mingggu (sorry sayang…umi keje)
  5. org pkaikan baju..(nak pkai sendiri..huhuh)

last but not least, gmbar2 eryna

4 masa dalam pantang…

5setahun selepas tu... 

1

3eryna dan umi… 

2eryna dan abah… 

6the latest pic umi and eryna…^_^ 

p/s : bile godek2 gmbar ni, dah lama dah tak amik gmbar eryna…weekends ni kene ajak sikecik pegi berlibur smbil bergambar best jugak ni…^_^

Jun 6, 2011

Yum…Yum…

2

yang penting letak gmbar dulu…hehehe…entry ni dah lewat tp nak tayang jugak gmbar ayam aku buat ari jumaat baru2 ni…berkenaan entry sblm ni…

http://cksabihah.blogspot.com/2011/06/entry-pagi-jumaat.html

kenape yang aku beria sangat nak buat ayam ni ye??nak jawapan??sbb ari jumaat aritu, bersamaan dgn 1 rejab, bersamaan dengan tarikh aku nikah…means dah 3tahun laa kalo ikut kalendar islam…skejap je rsnye..huhuhu

gmbr tengah makan takde sape nak tolong amik kan sbb masing2 sibuk melantak…sila ambil perhatian, aku buat separuh je ayam nih…aku makan berdua je…sikecik eryna tido waktu tu…

so… kepada

ibnu

sila jeles ok..hehehe…

letak satu lg gmbr ayam duk dalam oven lg….yum…yum…

1

Jun 3, 2011

entry pagi jumaat

arini aku dah plan nak masakkan something dlm oven aku yang dah mula berhabuk tu...ye laa, jrg guna...biasa masak biasa2 je..kalo ada sesape yang ada resepi bakar ikan ke, ayam ke, seafood ke, bgtau ye..aku teringin nak try..

tp arini aku nak try resepi yang aku ceduk dr SINI..ni resepi sebenar, yang aku punye blum buat hokayy...jd, tunggu entry nnt2..kalo aku buat, pasti aku blog out...^_^

AYAM BAKAR LADA HITAM

nampak sedap je gmbar die...


1 ekor ayam ( potong 2 atau tidak dipotong )
6 ulas bawang putih ( saya letak 1 labu bawang putih )
1 inci halia
1 sudu besar lada hitam
2 sudu besar minyak masak/ sayuran/ zaitun
4-6 sudu besar sos tiram ( ikut saiz ayam )
1 sudu besar sos cili
1 sudu besar daun rosemary kering ( jika suka )
Cara penyediaan
1. Goreng bawang putih bersama minyak masak tadi hingga kekuningan. Bila dah kekuningan tutup api.
2. Tumbuk lada hitam, daun rosemary hingga hancur kemudian masukkan halia dan tumbuk  hingga lumat.
3. Didalam lesung yang sama masukkan bawang putih yang telah digoreng bersama minyaknya sekali. Kemudian lenyek perlahan2 bawang putih tadi hingga hancur.
4. Masukkan pula sos tiram dan sos cili. kacau perlahan.
5. Lumurkan minyak bumbu tadi pada ayam yang telah di bersihkan. Perap ayam dahulu paling kurang 1 jam.
6. Bakar dalam oven… suhu 200 darjah celcius selama 1 jam .
** sedap dimakan bersama sos pencicah, sos nasi ayam atau sos halia.

p/s : time2 rajin ni je bleh buat benda2 cmni..kalo malas, goreng nasi pun rs susah..hehehe

2 pagi...

aku tak mengantuk, tp kene tido sbb tuntutan tubuh...perlu rehat ok...so readers n bloggers...nite

^_^

Solo Nite...

maksud aku, aku sorang2 mlm ni...si kecik eryna ada cuma dah tido awal2 lg...cik hubby??keje laa die...hmmm...keje je kan??kadang2 makan ati jugak tp kalo dah tuntutan keje nye mcm tu, aku kene la sabo sket...huhuhu

kalo aku tanye, mlm ni tak yah keje bleh tak?? die mesti jawab, nak duit lebih tak??hmmm..betul zaman skrg zaman duit..kiri kanan depan belakang sume nak pakai duit, tp ntah laa...susah nak kate bnda2 cmni..dulu die tak keje mlm pun, tak de duit lebih pun, kami ok je..bleh jugak beli barang2..bleh je berbelanja...hmmm..takpe laa, kne bkorban dulu kan??

so, oleh sebab aku solo mlm ni, aku nak terjah blog kawan2...cr kenalan baru best jugak ni...^_^

p/s :  kadang2 aku membaca je..jarang tinggalkan jejak..aku cuba baiki sikap aku yang ni..nnt ku cuba slow2 blajar tinggalkan jejak di blog korang ye..^_^

Jun 2, 2011

Rejab sudah tiba…

sedar tak sedar…esok dah rejab ye…

jadi, petang ni aku nak berkongsi sket ilmu dengan kawan2 blog pasal bulan rejab ni…smoga sedikit sebanyak dpt laa kite beribadah…^_^

Kelebihan Bulan Rejab

Sabda Nabi s.a.w.: Hendaklah kamu memuliakan bulan Rejab,nescaya Allah muliakan kamu dengan seribu kemuliaan di hari kiamat.

Sabda Nabi s.a.w.:

“Bulan Rejab Bulan Allah, Bulan Sya'aban bulanku & bulan Ramadhan bulan umatku.”

Kemuliaan Rejab dengan malam ISRAK MIKRAJnya,

Sya'aban dengan malam NISFUnya Ramadhan dengan LAILATUL-QADARnya.

Malam awal Rejab mustajab do'anya.(Dalam Kitab Raudhoh Iman Nawawi)

Bulan Rejab Syahrullah (Bulan Allah), diampunkan dosa orang-orang yang meminta ampun dan bertaubat kepada Allah. Puasa Bulan Rejab wajib baginya:

  • Diampunkan dosanya yang lalu.
  • Dipeliharakan Allah umurnya yang tinggal.
  • Terlepas dari dahaga di hari kiamat.

Orang yang lemah dari berpuasa pada bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari sekurang-kurangnya sebiji roti. Sasiapa bersedekah pada
bulan Rejab seperti sedekah seribu dinar, dituliskan kepadanya tiap sehelai bulu ruma jasadnya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat, dihapus seribu
kejahatan.

Tiap sehari puasanya pada bulan Rejab dan sedekahnya pada bulan Rejab seperti ibadat seribu Haji dan Umrah. Dibina mahligai seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada atahari seribu kali.

Bulan Rejab bulan Allah. Bersedekah pada bulan Rejab dijauhkan Allah daripada api neraka kerana kemuliaan bulan Rejab, Bulan Allah. Allah jadikan di belakang bukit Jabal Qar bumi, yang putih yang penuh dengan
Malaikat dengan panji-panji berhimpun pada tiap malam Rejab meminta ampun oleh mereka kepada Umat Muhammad.

Allah menjawap: Telah aku ampunkan mereka! Barangsiapa meminta ampun (bersitighfar) kepada Allah pagi dan petang 70 kali atau 100 kali, pada bulan
Rejab di haramkan tubuhnya daripada api neraka.

Sesiapa berpuasa sebulan pada bulan Rejab, Allah berseru kepadanya:
"Telah wajib hakmu atasKu, maka mintalah olehmu kepadaKu. Demi ketinggian Ku dankebesaranKu, tidak Aku tolakkan hajatmu. Engkau adalah jiranKu dibawah `arasyKu, engkau kekasihKu daripada segala makhlukKu,
engkau terlebih mulia atasKu. Sukakanlah kamu, tiada dinding antaraKu dan antarakau".(dari kitabRaudatul Ifkar)

Puasa pada 27 bulan Rejab seperti berpuasa enam puluh bulan pahalanya. Jika disertai dengan sedekah seperti puasa seribu tahun, kerana kebesaran hari ISRAK-MIKRAJ.

Siapa melapangkan kekeruhan, kesusahan, kesempitan orang mukmin pada bulan Rejab dikurniakan Allah kepadanya Mahligai yang besar di dalam syurga Firdaus.

Siapa berpuasa tiga hari pada bulan Rejab dan beribadat pada malamnya(berjaga), seperti dia berpuasa tiga ribu tahun.

Diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar tiap-tiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawanya daripada jasadnya, 70 hajatnya di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Qur'an dinaik ketika berlalu di Titi Sirotalmustaqim.

Rejab ertinya ta'zim (kebesaran, keagungan, kemuliaan). (Rahmat, pemurah, kebajikan). Kerana kebesaran, keagungan dan kemuliaan bulan Rejab itu
maka Allah limpahkan rahmatNya, kemurahanNya dan terhadap hamba-hambaNya yang beriman dan beramal solih pada bulan Rejab, dengan berpuasa pada siangnya dan beribadat pada malamnya.
Demikianlah peri keistimewaannya keagungan bulan Rejab itu yang dinamakan dengan BULAN ALLAH.

REJAB bulan menabur benih.
SYA'ABAN bulan menyiram tanaman.
RAMADHAN bulan menuai.

REJAB menyucikan badannya.
SYA'ABAN menyucikan hatinya.
RAMADHAN menyucikan rohnya.

REJAB bulan taubat.
SYA'ABAN bulan muhibbah.
RAMADHAN dilimpahi pahala amalan.

p/s : sama2 laa kite beribadah ye

cuti..yayyyy

kenape ye bdk2 zaman skrg ni biadab2??mai praktikal kat ofis org, tp buat mcm ofis die…ape die ingat org tak tgk ke ape die buat??

aku tgh geram ni…suh buat keje sket pun susah..aku mmg tak puas ati laa kalo bg keje kat die…suh bind dokumen pun tak kemas…suh tebuk lubang pun senget2…nak kate bdk laki, masalahnye pompuan…keje tak semengah (aku pun tak tau mane aku dpt ayat nih)…

pagi ni aku ada pengalaman yang amat2 tak best…tak tau nak cite ke tanak..kalo cite kang, jd mburuk2kan org..kalo tak cite plak, aku rs tlekat kat otak nih..aduhai…aku tak bgtau nama takpe kan??hehehe

pagi2 ni, ada laa segerombolan geng2 t*b***h ofis ni…bos suh laa buat air, ye laa, raikan tetamu…mase aku anta air, bleh ust** tu tanye aku, tempat basuh tangan katne??ke kene beli jugak tempat basuh tangan…dahlaa aku keje, tolong buat air pun baikk dah ni…bleh mintak2 pastu perli2…sesuke ati di je…sabo ajellaaa…nasib baik aku tak kenal die pastu aku tak perlu kenal laa die…tak payah laa…sabo ajelaa…mcm2 dlm dunia ni…

p/s : aku bekerja pada hari ni bermula dengan kdaan tak elok..mood pun dah kurang…weekend ni plak kene datang ofis lagi..harap2 laa balik rumah nnt, eryna buat aku gelak…miss my lil eryna…^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...