Oct 21, 2016

Eryna Usik Ayam tu je

Umi tengah syok rehat tengok tv, tetiba dengar eryna duk meroyan

Eryna : chipp chipp chipp

Dia sebut berulang2 tau tak. Asalnya umi malaslah nak melayannya. Buat2 tak dengar jelah kan. Tapi!!!! Naik bingit jugaklah telinga ni.

Disebabkan tak tahan telinga, umi tanye laa

Umi : Eryna buat ape tu?

Eryna : Eryna usik ayam tu

Umi: Usik ayam? Hahahahaha... abistu ayam tu faham ke Eryna usik dia

Eryna : abis, eryna sebut chipp chipp tu kan bahasa ayam. Dia paham laa tu

Alahai anak. Kenapa buat umi gelak petang2 ni. Tak jadi nak marah sebab still buat suara sumbang mengUSIK ayam2 tu. Ahahahahaha

Suka hati kamu lah anak. Asalkan kamu bahagia. Dah lewat ni, cuaca pun tak berapa nak elok. Mendung mcm nak hujan je, malas pulak nak keluar. Tapi tadi janji nak keluar dengan dia. Abah nya malam ni baru sampai. So, malam ni, keluar lagi amik abahnya kat ofis..

Pss... Ni baru sorang anak. Kalo ramai  macamana lah ibu2 melayan ye. Kalo dah sorang usik ayam, sorang usik kucing pastu sorang lagi sibuk usik umi. Pengsan!!

Welcome Back Kak Bee!

Maaflah semua, Kak Bee memang dah lama tak online kat belog ahkak yang cun ni. bukan nya malas cuma kurang rajin. kih kih kih

Apa nak share? Eryna dah besar dah. Dah masuk darjah 1. Alahai anak umi, makin besar makinlah banyak karenah. Ada ke nak tau Eryna dah ada adik ke belum? Jawapannya belum..hihi.. Belum rezeki kami. Tapi kami ok je, semua yang berlaku ada hikmahNya. Allah bagi peluang untuk ahkak tumpukan lebih perhatian kepada Eryna. Kan?

Entry kali ni, akak malas nak masukkan apa2 gambar lagi. Saje nak bagi korang suspen. keh keh keh. Suspen lah sangat kan? Padahal akak malas nak cari. Jangan berangan nak tengok akak kurus, sebab akak takde sebab nak kurus. boley gitu? hahahah... perasaan je nak kurus tapi selera tu belum ada lagi. keh keh keh

Nak bebel apa dah tengahari ni. Nak kemas rumah, en vacuum plok membakarkan diri sendiri. Terpaksa lah ahkak bertabah seharian arini, pandang laptop aje...

 Dahlah ye. ahkak dah tak tau nak share apa. korang doa2knlah akak jadi makin rajin nak mengupdate belog kesayangan akak ni ye.

bubye

love you all

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...