Jun 8, 2011

Wednesday Writting dan Lamb Chop

bile tiba ari rabu je, ramai laa buat cite wordless wednesday…heheh..jd, lain sket ah tajuk entry aku arini…heheheh

semalam punye entry, aku tanye nak makan ape kan??aku mmg laa teringin nak makan donut tu, tp ape bleh buat…selera cik hubby lebih mengatasi…

aku buat LAMB CHOP tak cukup sifat semalam….sbbnye aku tak buat kentang putar..aku cuma buat lamb, sos lada hitam ngan coleslow..hehe

resepinye dari SINI…kalo malas nak bukak link tu, amik aku bg resepi…^_^

Resepi Sos Perap untuk Lamb

  • 4 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu  besar sos cili atau sos tomato ~aku letak dua2
  • 1 sudu makan lada hitam ( di tumbuk halus) ~aku letak serbuk je
  • 2 ulas bawang putih ( boleh tambah  jika suka )
  • 1 sudu besar sos lada hitam (yang ni aku sendiri2 tambah)

* Satukan semua bahan dan lumur pada daging. Simpan dalam petisejuk.  Peraplah semalaman sebelum daging dibakar.

Resepi Coleslaw

Bahannya

  • 1/2  biji kubis ( saiz kecil )
  • 1/2 biji lobak merah
  • 4 sudu besar mayonis
  • 2 sudu besar sour cream ~ tak letak pun
  • 2 sudu kecil gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu besar fresh lemon juice ~aku letak jus limau nipis
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1/4 biji bawang besar ( option)

Cara penyediaan

  1. Bersih kubis dan lobak merah. Potong halus.
  2. Kupas bawang besar. Bersihkan. Kemudian cincang. Gaulkan dengan kubis dan lobak merah tadi.
  3. Kemudian gaul semua bahan hingga rata. Simpan dalam petisejuk sebelum dihidangkan.

Resepi Sos Lada hitam untuk Lamb Chop

  • 1 labu bawang besar ( potong dadu)
  • 1 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum ( ayak dulu takut macam-macam ada dalam tepung)
  • 1 liter air ( lebih kurang dalam 1 jag kecil )
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap (untuk menggelapkan sikit warna sos )
  • 1 sudu makan sos tomato atau sos chili
  • 1 sudu besar lada hitam ( ditumbuk halus) ~aku guna serbuk lada hitam jeee (malas tumbuk..hhehehe)
  • 1/2 kiub perasa ayam atau daging lembu.~ aku letak kiub ayam
  • Sedikit garam

Cara membuatnya

  1. Panaskan mentega dalam periuk kemudian tumis bawang besar hingga layu.
  2. Tepung gandum di larutkan dalam air hingga rata kemudian masukkan dalam periuk tumisan tadi.
  3. Masukkan semua bahan lain termasuk sos-sos. Kacau atas api hingga pekat. Boleh di angkat dan dihidangkan.

oleh sbb aku mmg dah amik gmbar siap2 semalam…aku tayang laa dinner aku semalam..jgn jeles ye…sila laa cuba…^_^

22

11

p/s : gmbar nampak mcm lain2 kan?tp sbnrnye gmbar sama..cuma setting camera je yang lain…biasa laa, camera ciput je..jd hasil gni jelaa^_^

6 comments:

misscha said...

haluuu...folo kembali...cantik pinggan tu...miss cha dah lama idam corak plum tu

anem ahia said...

hai hai hai..datang jenguk sini & followed

effa said...

nyum2...cedap..terliur jek effa tgk...
effa mx izin tuk tag blog akak eah...;-)..sudi2 jengukla bca

http://efafendy.blogspot.com/2011/06/da-best-memory-contest.html

Lulu caldina said...

Blog ni dah tersenarai dalam bloglist lulu-pages :)

Подтверждаю said...

as salam..

wah! makanan!
saya pantang melihat entri makanan. apatah lagi ada resepi.mohon copy untuk simpan dalam koleksi masak memasak saya.

=)

tanya sikit boleh?
yang coleslaw tu, ada yang lebih sesuai tak untuk gantikan garam. saya ni kena kurangkan garam. yang macam MSG tu pun kena jauhkan.huhu~

ziarah dari sahabat segmen encik ben~
accidental-rt

ilham_un said...

terliur tengok...nak ckit.hehehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...