Langkau ke kandungan utama

Mlm ni…

sumber SINI

Pasukan Piala FA dan kontinjen SUKMA Terengganu dirai malam ini

Oleh: Kamarudin Mat Akib


Kerajaan Terengganu merancang untuk meraikan pasukan bolasepak Terengganu yang menjuarai Piala FA dan kontinjennya yang menjuarai Sukan Malaysia (Sukma) ke-14, dalam satu majlis besar-besaran, di Dataran Shahbandar malam ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Haji Ahmad Said, dijadualkan berangkat pulang ke Terengganu petang ini, bagi meraikan wira-wira tersebut yang telah mengharumkan nama negeri ini di bidang sukan.

Orang ramai, khususnya peminat sukan dijangka turut membanjiri dataran tersebut bagi meraikan kemenangan wira-wira mereka.

Teganukita difahamkan, Menteri Besar akan bergegas pulang dari Kuala Lumpur kerana menghadiri mesyuarat penting bagi membolehkan beliau turut hadir ke majlis yang penuh makna itu.

Setiausaha Akhbar Menteri Besar, Encik Rosli Zakaria ketika dihubungi Teganukita mengesahkan Menteri Besar akan hadir pada majlis malam ini dan dijangka mengumumkan sesuatu yang bukan saja menggembirakan skuad Piala FA dan para atlet yang terlibat, tetapi seluruh rakyat Terengganu.

Rakyat seluruh negeri kini tertunggu-tunggu pengumuman rasmi daripada Menteri Besar berkaitan cuti umum bagi menghargai skuad Piala FA dan kontinjen Sukma.

Para pemimpin kerajaan dan badan-badan sukan turut dijemput menyertai majlis pada malam ini yang dijadualkan bermula selepas solat Isyak.

p/s : sama2 laa kita nantikan malam ni…hehehe

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

BEN ASHAARI AJAK TUKAR LINK

saje laa..arini aku free sket..esok pun mcm free jugak…byk waktu free aku lately…sbnrnye aku menunggu minggu depan yang dah sah2 keje menimbun…jd, ape laa salahnye aku join segmen2 mr Ben nih…dah lama tak join jom2 tukar link…aku akan sediakan satu bahagian di sisi blog ni untuk letak link korang…^_^ nak join?? klik sini http://www.benashaari.com/2011/06/segmen-tukar-sama-suka-lagi.html

Mengandungkah Aku??

Hari ini cukup 65 hari sejak dari period terakhir Bee...macam-macam tanda dah rasa ni..mual-mual, pening kepala, selalu mengantuk, penat, perut rasa kembung, selalu lapar dan paling ketara ada rasa something yang bergerak dalam perut..mengandungkah aku?? Mula-mula jom kita check tanda-tanda awal kehamilan 1. Kelewatan Haid Memang dah lewat sangat ni..sepatutnya bee dua kali period dah..dan memang rasa ketara sebab bee tak pernah miss period 2. Loya dan muntah Loya tu ada..mmg rasa selalu...ish bleh kata dalam mulut ni terasa macam air liur tu penuh selalu..tapi muntah tu baru sekali laa sepanjang 65 hari kelewatan period ni 3. Sakit dan tegang buah dada Yang ni bee rasa pada mula-mula lewat period haritu...lewat dalam seminggu dua..mmg rasa tak selesa sangat...tapi sekarang mmg dah tak rasa dah 4. Berasa letih dan mengantuk Ni memang selalu rasa...kadang-kadang kat ofis tu tido je waktu tengahari..lepas tu mula lah rasa lapar bila tak makan tengahari kan..hihihi ...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

lama dah tak join…lama2 skali apa salahnye kan??^_^