Langkau ke kandungan utama

Get well soon my baby

Sejak ahad(12/8/2018) eryna demam dan mengadu sakit kepala. Day 1 kamj cuma ke klinik private je memandangkan panel abah dia masih ada baki kan. So, doktor klinik cuma bagi ubat demam je. Malam tu eryna tetap demam walaupun dah makan ubat demam. Risau dan susah hatinya rasa. Dia jarang sakit, bila sakit gini risaulah sket. Eryna tak boleh tidur, umi lebih lagi tak boleh tidur. 

Esoknya(13/8/2018), akak amik cuti sebab jaga eryna kat rumah. Kebetulan ada pegawai dari pejabat kesihatan buat pantauan dekat kawasan rumah akak tu. Rupanya selang 2buah rumah ada yang kena demam denggi. So, bila pegawai tu dengar anak akak pun demam, dia datang melawat. Bila dia tanya "demam ni ada selsema tak?" akak jawab "takde". Terus pegawai tu buat surat untuk refer Klinik Kesihatan(KK) Hiliran. 

Petang nya Akak pun bawak eryna g KK. Doktor amik darah. Tapi result yang keluar semua dlm kadar normal(akak pun tak pasti apa kebenda yang dia test. Yang akak paham cuma platlet je. Ahahaha). So, doktor suruh balik dulu, 2hari lagi datang untuk amik darah. Oleh sebab result denggi negatif, akak tak dapat lah cuti kuarantin 😂 berkojelah kita esoknya. But still, malam demam dia tak kebah. Demam yang tinggi dan sakit kepala yang kuat. Dia tak tidur, akak pun berjaga sama

Hari selasa(14/8/2018), akak kerja mcm biasa. Eryna tinggal dengan mak. Mak kata sehari eryna ok je. Tak demam sangat pun. Cuma makan je takde selera. Mungkin rasa pahit mulut kot. So balik keje petang tu, tgk dia ok je. Makan ubat mcm biasa sebelum tidur. Tiba2 pkul 2 pagi eryna kejut akak. "umi, hidung eryna berdarah" terus bangun terkejut. Darah? Pastu tgk2 dah lap2 semua basuh muka. Eryna demam lagi. Terus akak tak boleh tidur. Lepas makan ubat, eryna rehat tapi tak tidur. Demam pun tak kebah sangat. 😢

Hari rabu (15/8/2018) datang KK untuk repeat amik darah n jumpa doktor. Bagitau doktor hidung berdarah. Doktor test denggi still result negatif. So, nak taknak kena masuk ofis hari tu. Doktor ckp walaupun negatif, tetap kena pantau sebab tanda2 denggi tu ada. Pelik jugak. Dahtu takkan nak tunggu result tu positif baru nak bertindak. Hmm...

Malam tu, demam eryna tetap teruk. Sakit kepala. Tambah sakit perut(mungkin sebab kurang makan, jadi masuk angin) nasiblah dia sorg je, jadi akak takde susah nak amik tau benda lain. Abahnya nak makan minum, beli jela ye. Hihihi

Next appointment hari ni, khamis(16/8/2018) result darah masih belum tentukan denggi. Katanya negatif lagi(lupa pulak nak snap gambar result tadi). Tapi doktor kata, sebab result hari ni platlet turun, sel darah putih pun turun. Jadi tanda2 denggi tu makin nampak lah. Dah nampak takboleh declare lagi ke? Aduhai.. Cuma doktor suruh eryna masuk hospital sbb nampak dehydrated. Mana tak nye, makan minum semua kena paksa doktor. Hmmm

Tapi, oleh sebab eryna ni akak dah amik insuran sejak umur dia setahun, akak minta lah doktor refer ke hospital swasta. Doktor tak boleh bagi surat refer. Katanya dia cuma boleh refer ke general hospital. Takpe lah doktor, kami tanggung risiko lah kami nak ke swasta. Terus ke Salam Hospital. Tghari sampai sini, dapat sedikit consult dari Dr Che Su, lepas zohor admit. Lepas asar terus dapat result positif denggi. Tak sampai sehari pun. 😕

Alhamdulillah, kami detact awal sebelum platlet tu turun keparas yang kritikal. Ntahlah tester apa yang KK guna n jenis tester apa yang hospital Salam ni pakai. Jangan tanya akak. Akak cuma share pengalaman supaya satu hari nanti, kalau eryna dah besar, bolehlah dia baca coretan akak ni. Semoga cepat sembuh ye sayang. Malam ni kita tidur rumah tinggi. Walaupun takdelah tinggi mana. Kihkihkih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

lama dah tak join…lama2 skali apa salahnye kan??^_^

500 BLOG !

wahh..en ben nak buat ape tah nih…aku join sbb aku minat..hehe…nak tau lebih lanjut, buke je kat SINI atau klik je pada banner di atas… ok…sbgai syrat utama, aku kne cerita serba sedikit tentang diri aku…nama aku sabihah, tinggal di kuala terengganu.dah kawin dan merupakan umi kepada eryna(anak aku laa) hehe…kenapa aku menulis blog?mula2 dulu sbb aku tgk kawan aku menulis blog..aku suke baca blog die dan kawan2 die…lepas tu, try2 laa tulis jugak..lepas dah beranak ni, blog aku byk bercerita tentang aku dan family aku..sedikit resepi(kdg2 je ni) dan jugak minat nak kenal rakan2 dr dunia blog… :) hopefully aku dah mencukupi syarat2 yang ditetapkan oleh en Ben kite…:)