Oct 11, 2014

Masalah Bau Badan!!! Penyebab dan Tips Menghilangkan Bau Badan

Wahh, hensemnyeee....wahhh...cantiknya diaaaa....

Penampilan menarik, wajahnya anggun dan sangat menggoda...Dah penampilan cantik, kerja ofcoz lah yang stabil TAPI kenapa takde orang yang nak kawan? KENAPA selalu sendirian...


Masalah bau badan memang masalah biasa tak kira LELAKI atau WANITA...haaaaa....jangan tak tau, malahan ada jugatak sedar pun mereka mempunyai masalah bau badan ni...parah dah tu!!!Jadi disini bee nak kupas sedikit sebanyak tentang PUNCA dan PENYEBAB Bau Badan serta TIPS serta CARA MENGATASI badan berbau....dan tak lupa juga PETUA-PETUA yang mungkin boleh diamalkan ^_^

Punca Badan Berbau

  1. Mandi yang tidak bersih. Mandi dahlah mandi 'koboi', sekali sehari sahaja pulak!! huhu …
  2. Jarang menukar pakaian dalam tempoh 24 jam. Bukan setakat dari pagi membawa ke malam, masih pakai baju yang sama malahan berhari-hari masih lagi pakai baju yang sama. Erkk
  3. MEROKOK
  4. Kurang peka dengan rutin penjagaan kebersihan diri. Bulu2 KETIAK jarang dicukur …Ish...ish...ishhh
  5. Faktor pemakanan. Terdapat beberapa jenis makanan yang jika diambil dalam kuantiti yang banyak serta kerap boleh menjadi punca badan berbau seperti PETAI, JERING, bawang merah, makanan pedas, kari, santan dan sebagainya.
  6. Masalah PENGHADAMAN(SEMBELIT) DAN KEGEMUKAN. Ini berlaku akibat pengumpulan bahan buangan hasil daripada proses pencernaan yang tidak sempurna.
  7. Faktor genetik. Juga boleh menjadi punca badan berbau disebabkan faktor kelenjar peluh dan yang berkaitan dengannya bekerja  terlalu aktif.
OK!!! nampak tak?? semua punca2 dan penyebab yang dinyatakan adalah daripada amalan kita seharian... Kalo difikirkan balik, ada ke orang yang tak suka MANDI?? Sanggup ke pakai pakaian yang dah dipakai berulang-ulang kali?? MENAKUTKAN HOKAYYY


Tips dan Cara Mengatasi Badan Berbau

  • Mandi lebih kerap. Semua sedia maklum bahawa negara kita mengalami iklim yang agak panas, jadi mandilah lebih kerap sekitar 3 atau 4 kali sehari. Mandi dengan cara yang betul iaitu meratakan air ke seluruh badan dan ambil masa yang agak lebih sedikit untuk membersihkan diri.  
  • Gunakan sabun antiseptik seperti yang banyak terdapat dalam pasaran sekarang ini. Contohnya Dettol, Lifebuoy, Sebamed dan sebagainya. Sabun antiseptik mengandungi bahan yang mampu membunuh bakteria dan mengatasi bau badan berbandi sabun wangi yang biasa.
  • Mandi dan tukarlah pakaian dengan lebih kerap terutama jika anda jenis yang mudah berpeluh atau  baru sahaja melakukan aktiviti berat dan lasak seperti bersukan, gotong-royong mahupun mengemas dan memasak di dapur. Sekadar menyebut beberapa contoh …
  • Pilih pakaian daripada jenis fabrik yang mudah menyerap peluh agar bakteria pada badan tidak bercampur dengan peluh yang boleh menghasilkan bau busuk.
  • Pilihlah untuk TIDAK MEROKOK
  • Cukurlah bulu ketiak dan yang berkaitan sepertinya dengan lebih kerap. Ini kerana bulu yang terlalu lebat atau panjang dapat menyebabkan peluh bercampur dengan bakteria  lalu menghasilkan bauan yang tidak menyenangkan.
  • Gunakan deodoran dan pewangi. Terdapat banyak pilihan deodoran dan pewangi dalam pasaran sekarang yang dicipta untuk memastikan bahagian ketiak atau bawah lengan kekal kering dan mengurangkan pembiakan bakteria di kawasan tersebut.
  • Kurangkan makanan berlemak serta jenis makanan yang disebutkan di atas. Banyakkan makan makanan  berserat seperti buah-buahan dan sayur-sayuran segar serta AIR KOSONG bagi menggalakkan proses metabolisma tubuh serta melancarkan proses penghadaman dan pembuangan bahan kumuh.

 Petua Menghilangkan Bau Badan

Petua #1
Daun SIREH dikatakan boleh bertindak sebagai antiseptik disamping mengandungi zat aktif untuk membantu menghilangkan bau badan lebih-lebih lagi berpunca daripada kuman dan bakteria

Cara : 
Ambil 3-5 helai daun sireh..cuci bersih-bersih kemudia rendamlah kedalam segelas air panas. Tunggu sejuk kemudian minum. Amalkan setiap hari sehingga bau badan hilang. (Kalau rasa tak lalu nak telan air daun sireh tu, cuba tambah kan sedikit gula..)
Petua #2
Timun juga dikatakan boleh menghilangkan bau badan malahan caranya lebih simple

Cara :
Potong timun kepada kepingan-kepingan kecil kemudian bawaklah kepingan-kepingan tadi mandi bersama-sama. Gosoklah menggunakan kepingan timun tadi kebahagian-bahagian yang sepatutnya ^_^
Petua #3
Bagi mereka yang tak suka rasa daun sireh atau mereka yang memang susah nak cari daun sireh (duduk dibandar ke ape kan?) Boleh juga cuba gunakan bunga cengkih
 
Cara :
Sama macam sireh tadi. Rendamkan beberapa kuntum bunga cengkih didalam air panas, dan biarkan sejuk/bunga cengkih kembang. minumlah air bunga cengkih itu setiap hari. Sehingga bau badan anda hilang.
Petua #4
Yang ni, Bee sendiri pun suka buat...sebab nya bukan setakat bau badan kita wangi, malahan seluruh bilik air kita akan wangi dan nyaman. Gunakan buah limau purut

Cara :
Potong beberapa biji limau purut (jangan bagi putus) kemudian, perahlah kedalam sebaldi air suam. Masa mandi, gosoklah bahagian-bahagian badan yang sepatutnya menggunakan limau purut yang dah dipotong tadi dan bilaslah badan anda dengan air limau purut dalam baldi tu...

 ATAUPUN

Anda boleh cuba PRODUK SHAKLEE yang memang diyakini BERKESAN serta paling mudah diamalkan. Telan dan rasai kesannya. Harga yang MAMPU MILIK serta SELAMAT dan SEMULAJADI



HERB-LAX

Herblax secara semulajadi merangsang pengecutan otot. Ini membolehkan penyingkiran sisa-sisa yang terperangkap dan memendekkan masa transdit serta mengelakkan penyerapan toksik.
Herblax boleh membantu meningkatkan pengaliran darah, mengurangkan BAU BADAN, jerawat, melegakan sembelit, gas perut dan usus, dan membantu menormalkan kembali pergerakan usus

ALFALFA COMPLEX


Alfalfa dikenal sebagai agen diuretik, PEMBERSIH BADAN dan PENYAHTOKSIK. Ia merangsang pengaliran hempedu dan membuang unsur mineral bahaya dari tubuh. Ia juga membantu melindungi dari radiasi dan membantu MENGAWAL BAU BADAN

GARLIC COMPLEX

Diproses secara semulajadi dibawah suhu yang rendah bagi mengekalkan semua Alisin. Ia juga telah dirumus untuk mengawal BAU. Walaupun bawang putih salah satu sebab NAFAS BERBAU, namun, tablet Garlic Complex tak pecahkan sehingga ia sampai ke usus kecil. Disamping itu, ia mengandungi campuran pudina dan ekstrak rosemary bagi mengawal bau dengan berkesan

Anda bolehlah menghubungi Bee sekiranya terdapat sebarang kemusykilan.. untuk membeli juga takde masalah ^_^

Sabihah (ID: 912422)
Call/SMS/Whatsapp
0199897010
0173740100

Atau anda boleh MEMBELI Sendiri dengan pilihan sendiri dengan klik pada pautan dibawah

SET MENCEGAH BAU BADAN

2 comments:

mazffa mohd said...

Wah suka dengan info dan penerangan yang jelas...

Amira Zura said...

Terbaik infonya. Terima kasih admin share info yang bagus sekali. Salam dari blogger blogwalking ya.

Salam admin. Tumpang Iklan:-

Sayangi dan hargai suami anda. Jangan biarkan suami cari lain atau makan luar.
Ikuti blog kami untuk promosi istimewa sekarang.
Hanya untuk 10 pelanggan terawal.
Wanita cantik bermula dari diri :)

[BESARKAN BUAH DADA, BESARKAN PUNGGUNG, RAWAT KEPUTIHAN, KETATKAN FARAJ, KEMBALI DARA, PUTIHKAN KULIT, GLOWING, FLAWLESS]

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...