Haziq comel dan boolat...jom kita geget pipi dia!!!
Minyak naik lagi..
Selepas dikira-kira, kalo dulu rm50 seminggu guna minyak, sekarang rm60 seminggu...ok, jangan difokuskan pada masalah minyak tu naik harga..bee nak cari jalan penyelesaian macamana nak cover rm10 seminggu tu..hihihiTips nak jimat
Dalam duk fikir-fikir semalam, bee rasa dah sampai masa, bee bawak bekal ke ofis...susah ke nak masak?tak susah pun bee rasa...janganlah bangun pagi baru nak masak, kita masak sebelum tidur...lebih selesa rasanya..esok pagi boleh panaskan lauk n masak nasi je..kan??dan jangan pulak bagi alasan, alaaaa 2hari makan benda sama laa?? sape kate? bee sendiri pun tak pernah makan lauk yang sama selama 2hari...sehari satu lauk...wajib masak baru setiap hari..macamana nak buat? meh bee ajar...
kita masak malam sebelum tido, masak untuk tengahari dan petang esoknya...jd makan tengahari dan makan petang je kita makan benda sama...lagi mudah sebenarnya sebabnya balik kerja dah tak perlu bersilat didapur..semua dah siap..panas kan je..cuma nak tambahan goreng telur ke, sayur ke, ikan ke...senang kan?? Jadi, kita dah takde alasan nak makan diluar waktu malam... ^_^satu lagi tips mcmana cara untuk kita tidak buntu...kalo buat jadual setiap hari nak masak ape, mmg laa boleh buat, tapi mampu ikut ke? :p solution nya, list down senarai lauk pauk kegemaran dan segala macam mak nenek lauk pauk yang kita mampu masak..listkan je...jd, setiap kali nak start masak, rujuk je senarai tu..masaklah masakan yang kita rasa nak masak..hihihi
Gambar ehsan google!!
Satu lagi, nak elak membazir dan supaya senang setiap kali nak masak, beli ikan ke ayam ke daging ke, jangan simpan sekaligus...belilah plastik untuk simpanan tu..letak dalam plastik tu cukup2 je sekali masak dua kali makan untuk berapa org...gitu!! jadi senang kan? beli sekilo ke 2kilo ke no prob...kita tetap simpan 3-4 ekor ikan satu plastik..nak masak, amik satu2..jadi takde lah membazir...dan taklah rosak makanan2 tu semua ^_^
Gambar ehsan google!!
Nampak tak??nampak??
so, lepas ni kita boleh sama2 cuba buat..usaha dulu..jangan kate tak boleh...sebenarnya ada baiknya kita bawak bekal ni..kita tau apa yang kita makan dan cara mana kita masak...so, takdelah rasa bersalah sangat amik ajinomoto ke perasa berlebihan ke..hihihi..(bee mmg tak pernah guna perasa makanan tu)
oklah..nnt kita sambung dengan tips jimat lain pulak!! kita cuba tips ni dulu..menjadi ke idak..ye tak??!!! ^_^
Ulasan