May 16, 2010

Strokkkk??

berita mengejutkan untuk aku n family..2hari lepas, abg ipar aku kene strok kecil..terkejut sbb muda lagi umurnye..baru 29tahun..semalam pegi tengok die, alhamdulillah dah ok sket..cuma doktor cakap sel sebelah muka dah mati...insyAllah bleh sembuh katenye..smlm pegi tgk die, dah bleh bercakap...
tanye die, macamane bleh jd ni...agaknye die terlalu sibuk 2 3 minggu ni...dengan keje outstation lg..makan pun tak tentu...tp die tak merokok tau...cuma die tak penah kawal makan...makan je ikut sedap mulut...bahaya jugak nih...bile pk2, aku n cik hubby pun tak kawal mkn jugak...terus aku cr info pasal stroke nih...

sama2 laa kite mengamalkan cara hidup yang sihat..insyAllah..

Strok/Angin  Ahmar 

Apa itu Strok/Angin Ahmar?

Strok/Angin Ahmar adalah satu keadaan dimana berlakunya penyempitan salur darah ke bahagian otak atau salur darah pecah. Sebahagian dari tisu otak akan rosak disebabkan kekurangan bekalan oksigen. Apabila bahagian tisu otak tersebut rosak, ia akan mati lalu fungsi otak akan hilang. Diantara simptom/gejala yang ketara adalah pengsan, tidak sedarkan diri dan/atau lemah sebahagian anggota.

/Angin Ahmar adalah penyakit yang merbahaya yang boleh mengakibatkan kecacatan kekal  diperingkat  dewasa.Statistik  hospital-hospital  kerajaan  menunjukkan  peningkatan ketara pesakit Stroke/Angin Ahmar dan kematian akibat Strok/Angin Ahmar.Di Hospital Kuala  Lumpur  data  statistik  mencatatkan 30-35  peratus  kematian  daripada 1000  kes penghidap Strok/Angin Ahmar yang dirawat.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) menganggarkan pada Tahun 2001 terdapat 20.0 juta penghidap stroke seluruh dunia, 5.5 juta membawa maut.

Apakah faktor risiko yang menyumbang kepada Strok/Angin Ahmar?


Faktor risiko penyumbang kepada Strok/Angin Ahmar yang tidak boleh dikawal adalah:



  • Umur -peningkatan umur anda, terutama apabila meningkat umur hingga 65 tahun ke atas, risiko mendapat Strok/Angin Ahmar lebih tinggi.
  •  Jantina - Lelaki lebih berisiko tinggi dari wanita.
  • Sejarah  keluarga -  Risiko  anda  lebih  tinggi  jika  terdapat  ahli  keluarga  yang menghidap Strok/Angin Ahmar atau Angin Ahmar Ringan (Minor Stroke/Transient Ischaemic Attack)

Faktor risiko untuk anda mendapat Strok/Angin Ahmar adalah:

  • Tekanan Darah Tinggi
  • Kencing manis
  • Paras kolesterol tinggi  
  • Merokok
  • Berat badan yang berlebihan  
  • Cara hidup tidak aktif (sedentari)
  • Tekanan/stress
  • Pemakanan - kurang serat dan tinggi lemak  
  • Minuman keras - minum minuman keras yang berlebihan

Bagaimana saya tahu yang saya diserang Strok/Angin Ahmar?

Bila anda mengalami salah satu atau lebih gejala Strok/Angin Ahmar, sila berbincang dengan petugas kesihatan atau pergi mendapatkan nasihat di klinik kesihatan berhampiran.

Doktor anda akan mengesahkan gejala yang anda alami dengan membuat pemeriksaan dan ujian  tertentu.  Selepas  itu  doktor  akan  menentukan  diagnosa  samada  anda  mengalami Strok/Angin Ahmar bergantung pada hasil ujian dan pemeriksaan yang telah dilakukan.

Apakah gejala Stroke/Angin Ahmar?

Gejala Stroke/Angin Ahmar yang terjadi tiba-tiba termasuk yang berikut:

  • Rasa semut-semut dan kebas secara tiba-tiba pada sebahagian badan  
  • Rasa lemah, kebas atau lumpuh bahagian muka, kaki atau tangan secara tiba-tiba   Celaru/keliru, susah bertutur atau memahami pertuturan orang awam secara tiba-tiba   Sakit kepala yang kuat tanpa sebab tertentu
  • Penglihatan kabur tiba-tiba pada sebelah mata atau kedua-dua mata   Sukar berjalan, pening atau hilang imbangan atau koordinasi secara tiba-tiba   Sukar menelan

Apakah jenis-jenis Strok/Angin Ahmar?

Terdapat 2 jenis Strok/Angin Ahmar utama:
  
1. Thrombotic/ischaemic stroke



  • Ia berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak tersumbat.


2. Haemorrhagic stroke

  • Ini berlaku apabila salur darah ateri ke bahagian otak pecah


Apakah rawatan untuk Strok/Angin Ahmar?

  • Seseorang yang disahkan mendapat Strok/Angin Ahmar perlu :
  • Dimasukkan ke hospital untuk pengesahan punca strok dan berapa luas tisu otak yang telah rosak
  • Dirawat dengan pemberian ubat jika perlu
  • Pembedahan untuk menghentikan perdarahan otak jika berkaitan   Mulakan  rawatan  pemulihan/rehabilitasi   secepat   mungkin   seperti   senaman menguatkan otot yang terlibat, latihan pertuturan dan penyesuaian kepada aktiviti harian(ADL)
  • Nasihat amalan pemakanan sihat

Bolehkah saya mengelak dari serangan Stroke/Angin Ahmar?

Faktor risiko yang menyumbang Strok/Angin Ahmar boleh dikurangkan seperti :

  • Kawal tekanan darah
  • Kawal tahap Kolesterol
  • Kawal penyakit Diabetes
  • Amalkan cara pemakanan sihat
  • Berhenti merokok
  • Kerap bersenam
  • Menangani tekanan mental
  • Kurangkan pengambilan minuman keras

Rehabilitasi/pemulihan untuk pesakit Strok/Angin Ahmar

Kesan angin ahmar ringan selalunya mudah diatasi tetapi jika  sebaliknya,  ia  mungkin mengakibatkan hilang upaya yang teruk dan mungkin kekal.

Oleh kerana itu, sokongan dan bantuan emosi dari keluarga, kawan-kawan dan petugas kesihatan amatlah mustahak kerana ia boleh membantu dalam proses pemulihan pesakit angin ahmar. Petugas Kesihatan akan dapat membantu dalam hal-hal seperti:
  
1. Jurupulih Pertuturan  

  • membantu mengekalkan dan memulihkan pertuturan  serta  menilai  tahap kebolehan menelan

2. Jurupulih Perubatan (Cara Kerja)



  • mengajar cara mengendali dan menunjuk ajar kemahiran baru, mencadangkan pengubahsuaian rumah bagi memudahkan pergerakan mengikut keupayaan pesakit Strok/Angin Ahmar

3. Jurupulih Perubatan (Anggota)

  • mengekalkan atau membantu meningkatkan pergerakan dan fungsi badan


 

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...