Aug 2, 2011

Buah Tamar & Habbatus Sauda

 

tamar

Buah kurma atau dalam bahasa Arab menggelarnya tamar tergolong dalam keluarga phoenix. Sekumpulan jenis palm seperti kelapa sawit sementara buahnya bertangkai seperti buah pinang.

pokok tamar

Kurma mengandungi khasiat pemakanan yang tinggi seperti kismis dan aprikot kering. Antaranya kurma kaya dengan protein, serat, gula, vitamin A dan C serta zat mineral atau galian seperti besi, kalsium, sodium dan potasium.

Asal-usul kejadian pokok tamar adalah dari lebihan tanah yang Allah S.W.T. ciptakan Nabi Adam a.s. Pokok tamar betina tumbuh pada zaman Siti Maryam. Selepas Maryam melahirkan anaknya Nabi Isa a.s., Siti Maryam telah diminta oleh Allah S.W.T untuk menggoncangkan pohon tamar yang terdapat di tempat dia melahirkan anaknya lalu gugurlah buah tamar masak dan di makan oleh Siti Maryam.

Itulah sejarah yang pertama tamar menjadi ubat berkhasiat kepada manusia. Siti Maryam dapat mengalas perut untuk mengumpul tenaga selepas selamat bersalin hanya dengan makan tamar, tanpa tumbuhan herba yang lain. Ditakdirkan Allah S.W.T. dengan kelahiran Nabi Isa a.s. itu juga, Allah S.W.T. telah tumbuhkan pokok tamar jantan di sebelah pokok tamar betina.

Dan untuk tujuan mendapat hasil buah tamar yang elok ia juga harus dilakukan menerusi kaedah ‘kahwin bunga’ (melakukan proses pendebungaan betina dengan debu bunga jantan). Untuk mengenali perbezaan di antara tamar jantan dengan tamar betina, tamar jantan lebih tinggi pohonnya, berdaun keras menjulang ke langit.

Pokok tamar betina rendah sedikit dan daunnya melintuk ke bawah. Pada bulan Februari pohon tamar jantan berbunga setahun sekali sama dengan tamar betina. Bezanya bunga jantan ia mengeluarkan debu-debu halus.

Bulan Julai adalah musim tamar masak ranum manakala bulan Ogos adalah musim menuai. Pokok tamar tidak akan berbuah dengan sempurna jika tidak dicantum oleh tangan manusia.

Buah tamar tidak akan masak jika suhu kurang dari 55oC. Bagi sebuah kebun memadai ada beberapa batang sahaja pokok tamar jantan berbanding dengan ratusan pokok tamar betina, kerana debunga pada satu dahan pohon tamar jantan boleh digunakan untuk proses pendebungaan dengan ratusan tandan pada pokok tamar betina .Debu yang perlu digunakan pada setiap pokok terlalu sedikit.

Bunga jantan ini juga boleh disimpan di tempat yang kering untuk kegunaan berulang-ulang kali selagi debunganya masih ada. Allah S.W.T. jadikan buah tamar cukup istimewa. Cuba perhatikan sepanjang ia berada di atas pokok tidak ada seekor binatang atau burung yang mematuk atau merosakkannya.

Ini kerana buah tidak berbau. Allah S.W.T pelihara dan memuliakannya. Ia mesti disenyawakan oleh tangan manusia. Di Madinah hanya bangsa Arab sahaja yang sanggup panjat dan turun naik ke atas pokok tamar untuk lakukan kerja pencantuman ini.

Rasulullah S.A.W. dan Nabi-Nabi lain sangat sayang padanya. Sebab itu dikatakan sebaik-baik buah yang serasi dengan badan kita adalah buah tamar kerana ia sebahagian dari kita. Jadi setiap kali menjamah tamar ingat-ingatlah asal kejadiannya. Buah ini tidak berbau kerana Allah S.W.T. nak pelihara kesuciannya di samping mudah untuk kita menguruskannya dengan kelebihan cuaca yang panas kering.

Selain kebiasaan, umat Islam digalakkan berbuka dengan kurma bersandarkan sabda Rasulullah S.A.W. yang lain maksudnya: “Rumah yang tiada kurma seperti rumah yang tidak mempunyai makanan”. Kurma diangkat tinggi oleh Rasulullah kerana mempunyai nilai kandungan makanan yang tinggi.

Kandungan protein di dalam kurma lebih kurang 1.8 hingga 2.0 peratus, serat 2.0 hingga 4.0 peratus manakala kandungan gulanya 50 hingga 57 peratus glukosa. Ini menunjukkan kandungan gula didalamnya telah ditukar secara semulajadi. Bermakna apabila kita memakan kurma, tenaga yang diserap tubuh adalah serta-merta. Sebaliknya gula di dalam kebanyakan buah-buahan dikenali sebagai fraktosa dan gula tebu atau gula pasir yang biasa mengandungi sukrosa tidak boleh menyerap terus dalam tubuh. Ia terpaksa dipecahkan dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa lalu diserap tubuh sebagai tenaga.

Disunatkan berbuka dengan kurma kerana orang yang berpuasa tidak makan selama 12 jam. Kurma menyumbang tenaga serta-merta kepada si pemakan dan ini memudahkan seseorang beribadat dan menunaikan sembahyang maghrib atau tarawih. Apabila tubuh berasa segar dan bertenaga ia menghalang kita makan berlebihan atau mengikut nafsu.

Kadangkala waktu berbuka kita makan terlalu banyak, tetapi masih letih dan tidak bertenaga. Sebabnya makanan yang diambil kebanyakan mengandungi karbohidrat, tanpa tenaga serta-merta menjadi penyebab selesai makan, mata pun mengantuk.

Kita makan kurma tanpa buang kulitnya yang mengandungi serat. Amat baik untuk mencegah barah usus besar kerana ia melawaskan. Sementara kandungan vitamin A dan C amat tinggi pada peringkat khalal atau rotab dan menurun sedikit pada peringkat tamar. Selain itu ia mengandungi zat galian dan yang paling banyak dikenali sebagai potasium. Potasium diperlukan oleh tubuh untuk sistem saraf kerana kurma adalah excellant source atau sumber mujarab. Memang dalam susu, yogurt dan makanan laut juga mengandungi potasium tetapi jumlahnya sedikit

habbatus_sauda1

Habbatus Sauda ataupun nama saintifiknya Nigella Sativa, adalah sejenis tumbuhan rerumput kecil yang berbunga secara tahunan. Ia banyak didapati di kawasan Mediterranean dan di kawasan yang beriklim gurun. Banyak kajian antarabangsa yang telah dijalankan membukti keberkesanan Habbatus Sauda dalam merawat & memelihara kesihatan.

nigella_sativa

Habbatus Sauda mengandungi monosaccharide glukosa, xylosa, polysaccharide, asid lemak tak jenuh (unsaturated essential fatty acids, EFA). EFA tidak boleh dihasilkan oleh badan kita oleh kerana itu sumber utamanya ialah dari makanan. Habbatus Sauda juga mempunyai 15 jenis asid amino yang membentuk protein, karotene iaitu sumber vitamin A, kalsium, zat besi, dsb.

Menurut beberapa hasil penelitian lainnya, Habbatus Sauda memiliki pelbagai khasiat dengan izin Allah S.W.T. Antaranya:

1. Menguatkan sistem imuniti manusia.
2. Melawan & menghancurkan sel-sel kanser/tumor.
3. Mengubati reumatik, peradangan serta infeksi.
4. Menghentikan dan menyembuhkan penyakit pilek.
5. Jika digoreng & dibakar kemudian dicium terus-menerus dapat membuang angin
dalam perut.
6. Membunuh cacing-cacing parasit jika dimakan sebelum makan pagi dan jika diletakkan di atas perut dari bahagian luar sebagai aromaspa atau luluran.
7. Minyaknya bermanfaat untuk menyembuhkan gigitan ular, juga bengkak di dubur dan tahi lalat.
8. Menghilangkan batuk, selsema, sesak nafas & asma.
9. Melancarkan haidh.
10. Mengurangkan kolesterol.

Diriwayatkan dari Aisyah ra, beliau mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: "Sesungguhnya Al-Habbatus Sauda' boleh menyembuh segala penyakit kecuali Al-Sam". Aku bertanya "Apakah Al-Sam itu? Baginda menjawab, "Al-Sam itu alah maut"
Riwayat Imam Bukhari.

!cid_image010_jpg@01CB2726 

Wallahualam...

p/s : aku suke makan buah kurma..^_^ info ni aku dpt dr email..asal usul sebenar, bleh cuba google..

4 comments:

Daddy Ziyyad said...

kurma yusuf taiyub saya suka..:P

Elih Japahar said...

Suka makan jugak hehe..kirim ngan sy boleh lol :P gurau je..info berguna..

Sabihah said...

Daddy ziyyad : ape2 kurma pun takpe...sy suke sume..heheheh...

Sabihah said...

Elih Japahar : kirim?bleh2..hehehe...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...