Langkau ke kandungan utama

Ter'post' 2 kali dan Syukur padaMu ya Allah

Sorry ye geng...bee malas dh nak delete post tu...biar jelah kat citu..blh gitu?hihihi

Setiap yang berlaku ada hikmahnya..kan?jom lah kita sama2 buang yang keruh ambil yang jernih..penat dh baca pasal politik.cuba letakkan semuanya yang berlaku atas kehendak Illahi...pasti tenang kita hadapinya...in shaa Allah

Alhamdulillah,sekali lagi bee diberi peluang untuk terus menikmati keindahan dan kekuasaanMu ya Allah.terima kasih kepada suami kerana sentiasa bersama walau dikala senang atau susah..sesungguhnya kamu adalah insan yang terbaik untukku...terima kasih sayang..

Syukur ke hadrat Mu ya Allah kerana setelah 2bulan perasaan ini terus menerus menyelubungi,Kau tetap memberi kebahagiaan kepada kami sekeluarga. Malah perasaan kasih dan sayang ini makin bercambah dari hari ke hari..aku bersyukur pada Mu ya Allah..syukur dengan kenikmatan ini dan ku berdoa agar kebahagiaan ini milik kami sekeluarga hingga hujung nyawa..aminn

Walaupun masih bukan rezeki kami untuk menimang cahaya mata kedua,kami tetap bersyukur kerana masih diberi kesihatan yang baik dan ibubapa yang amat memahami...terima kasih ya Allah..

Doaku pagi ni, smoga Allah bukakan hati mereka2 yang telah berlaku zalim keatas kami sekeluarga juga zalim keatas diri sendiri mereka sendiri. Limpahkanlah taufiq dan hidayah Mu kepada kami semua..kekalkanlah keamanan dan kesejahteraan yang selama ini Kau berikan serta lindungilah kami semua dari syaitan yang dilaknatMu ya Allah..aminn

Ps : Masih belum pulih sepenuhnya...^_^
--
Sent from my Android phone with K-9 Mail. Please excuse my brevity.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

lama dah tak join…lama2 skali apa salahnye kan??^_^

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

500 BLOG !

wahh..en ben nak buat ape tah nih…aku join sbb aku minat..hehe…nak tau lebih lanjut, buke je kat SINI atau klik je pada banner di atas… ok…sbgai syrat utama, aku kne cerita serba sedikit tentang diri aku…nama aku sabihah, tinggal di kuala terengganu.dah kawin dan merupakan umi kepada eryna(anak aku laa) hehe…kenapa aku menulis blog?mula2 dulu sbb aku tgk kawan aku menulis blog..aku suke baca blog die dan kawan2 die…lepas tu, try2 laa tulis jugak..lepas dah beranak ni, blog aku byk bercerita tentang aku dan family aku..sedikit resepi(kdg2 je ni) dan jugak minat nak kenal rakan2 dr dunia blog… :) hopefully aku dah mencukupi syarat2 yang ditetapkan oleh en Ben kite…:)