Sep 19, 2014

MASALAH KEPUTIHAN ~ penyebab dan cara mengatasi



Setiap wanita pasti walau sekali pernah mengalami masalah keputihan kan?!! Kebanyakkannya mengadu masalah keputihan ketika mengandung… Ironisnya kebanyakan wanita tidak mengetahui tentang keputihan dan penyebab keputihan pada wanita itu sendiri dan malah yang menjadikan keputihan sebagai hal yang remeh.
Adakah masalah keputihan ini terjadi disebabkan oleh hormon? Atau pemakanan?
Antara PENYEBAB keputihan
  1. Faktor KEBERSIHAN yang kurang baik. Kebersihan di kawasan vagina haruslah terjaga dengan baik. Jika, tidak dijaga kebersihannya akan menimbulkan berbagai macam penyakit salah satunya keputihan.
  2. STRESS. Kesemua organ tubuh dikawalselia oleh otak. Jadi sekiranya otak mengalami tekanan, maka perubahan dan keseimbangan hormon dalam seluruh tubuh akan berubah. Faktor inilah yang juga boleh mengakibatkan seseorang wanita mengalami masalah keputihan.
  3. Penggunaan UBATAN DAN ANTIBIOTIK dalam jangka masa yang lama juga boleh menyebabkan sistem imuniti pada tubuh wanita berkurang dan menimbulkan masalah keputihan.
alfalfa membantu wanita untuk melangkah lebih yakin dengan mengatasi maslaah keputihan yang melampau yang mengakibatkan aktiviti bersama suami juga terganggu

Bagi wanita yang sedang mengalami masalah keputihan, bee nak bagi sedikit sebanyak tips untuk mengatasi dan menghilangkan masalah keputihan secara alami. Antaranya anda boleh cuba
  • Ambil secekak pucuk pegaga dengan akarnya sekali dan bersihkan. Kemudian anda rebuslah pucuk pegaga tadi bersama 2 gelas air bersih. Masukkan sedikit garam kedalam air rebusan itu. Setelah mendidih ,biarkan ia sehingga sejuk. Apabila air rebusan telahpun sejuk,anda tapislah air rebusan itu. Minum air tersebut 2 kali sehari. Amalkan sehingga masalah keputihan dan rasa gatal itu sembuh.
  • Ambil 12 helai daun sireh dan bersihkanya. Ramas kesemua daun sireh tadi bersama-sama air suam. Kemudian tapislah air tersebut. Gunakan air tapisan untuk mencuci bahagian alat sulit anda. Selain dapat menghilangkan rasa gatal dan bau, petua ini juga dapat merapatkan kembali bahagian alat sulit wanita. Lakukan sehingga anda dapat mengatasi masalah keputihan yang dialami.
  • utk hilangkan bau dan kegatalan..boleh gunakan sedikit cuka yg dicampur air suam?( kalau susah nak dptkan sireh dan pegaga..)
Tetapi, bee nasihatkan, anda semua berjumpalah doktor yang mana mereka lebih arif. Bukan apa, kita tak tau apa yang kita alami melainkan kita dah menjalani ujian-ujian tertentu. Sekiranya masalah keputihan masih belum kronik, boleh lah mencuba petua yang disebutkan diatas!!!



garlic

Buat mereka yang inginkan nasihat bagaimana cara untuk mengelakkan keputihan kronik ini, nasihat bee
  1. Pakailah pakaian  dalam yang diperbuat daripada kain jenis kapas dan tidak terlalu ketat.
  2. Sekiranya dalam keadaan uzur (period) selalulah tukar pad anda.
  3. Banyakkan minum air suam. Kurangkan ais
  4. Pastikan anda tidak menggunakan sabun pencuci vagina yang tidak sesuai
  5. Elakkan makan ubat-ubatan atau antibiotik dalam jangka masa yang lama
  6. Sekiranya anda merasa tertekan, pastikan anda mendapat rehat yang secukupnya..tidak ada manusia dalam dunia ni yang tidak ada masalah.. cuma atasi masalah anda dengan sebaiknya ^_^
p/s   : Bee pernah kene masalah ni dan bee dah dapatkan nasihat doktor…sekarang, bee cuma amalkan GARLIC COMPLEX dan ALFALFA COMPLEX dari shaklee untuk mengatasi masalah ini..alhamdulillah…juga B COMPLEX sebab bee selalu penat dan stress.. ;p
  • Sabihah (ID : 912422)
  • 0199897010
  • 0173740100
  • chekubee@gmail.com
  • kedaivitamineryna.blogspot.com

2 comments:

Nurul Syahirah said...

Akak.. klau keputihan yg putih tue bley x ilgkn dgn mkn alfalfa nie?

CKSabihah Bee said...

Inshaa Allah dik!! Tapi ingat ye, suplemen cuma membantu..adik kene jaga pemakanan dan gaya hidup..nak tau lebih lnjut, bleh contact akak ye ^_^

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...