Oct 8, 2014

Selamat hari Raya Aidiladha buat semua yang beragama islam

Anak umi dah 5tahun!!!???

sekejap je masa berlalu ye sayang..dah 5tahun dah kamu...eh eh eh..jangan salah faham, bukannya birthday dia pun..birthday dia dah lama dah lepas..bulan Jun lagi..tapi bila direnung dalam2 baru terasa dah besar dah anak umi...tp masih lagi nak menangis..still lagi nak manja2...alahai anak


bukannya tak pernah marah cuma bila umi marah, abah tukang pujuk, bila abah marah, umi tukang peluk..hihi..bila kat rumah nenek dia, umi marah, nenek laa tukang back up...selalu ada org back up jadinya manja dia melebih2..cuma doa je mampu umi kirimkan..supaya Wan Eryna Firzanah menjadi seorang yang berguna satu hari nanti...sentiasa menjadi penyejuk dan penawar hati umi dan abah serta masyarakat sekeliling...aminn

Dua hari beraya, kedua-dua hari korban lembu...raya pertama korban di rumah mak bee, raya kedua dirumah mak mentua...wahh, meriah!!!seronok lah sikecik tu(agaknya selalu panggil kecik, jadi tengok dia pun kecik je hari-hari...bila nak besar ye tak?!!hihihi) dua hari beraya, dua hari jugaklah berlari kesana kesini...seronok bukan main lagi...

alhamdulillah, raya tahun ni masih bersama ibubapa...buat kawan2 yang dah kehilangan, jangan bersedih, kirimkan alfatihah dan sentiasalah berdoa buat mereka...sesungguhnya mereka telah kembali kepada Pencipta..itulah kehidupan yang abadi..didunia ni hanyalah sementara dan pinjaman semata-mata

macamana keadaan hari raya anda??meh laa share-share... ^_^

No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...