Jan 26, 2015

Cita-cita Eryna

Hari ini ada pemeriksaan gigi di sekolah eryna... kelam kabut eryna bangun pagi td sebab nak gosok gigi..betapa takutnya dia bila sebut nak check gigi...hikhik..kelakar laa kamu sayang






Tiba-tiba eryna balik sekolah hari ni, eryna bagitau umi, eryna nak jadi nurse!! PELIK!! sebabnya selama ni, eryna tak pernah sebut pun nak jadi nurse...biasa sebut pilot(sebab nak naik kapal terbang), bomba(sebab tengok cite upin ipin)...tetiba je hari ni, tukar cita-cita

umi dengan semangatnya tanya "kenapa eryna nak jadi nurse?" dengan harapan jawapannya memberangsangkan laa kan...sekali jawapan dia senang je "kalau budak2 nakal, eryna nak cabut gigi dia!" hahaha...baru ku paham...

bee dulu2 nak jadi perdana menteri..sebab suka sangat tengok Tun Dr M berucap..setiap kali dia bercakap kat tv tu, mmg mata, telinga, tangan semua lah tertumpu ke situ...tp bila bee bgtau ayah bee, ayah bee kata "org perempuan tak boleh jadi PM" hancur harapan..tp takpe...sekurang2 nya bee pernah ada cita2 yang jarang org minat ^_^

3 comments:

Najib Ariyan said...

selagi tak besar selagi tu lah dia akan tukar cita cita... tak caya tengok lah...

salam kenal dan salam singgah

Nooriah Abdullah said...

salam kenal dari kaknoor dan singgah follow sini

AMIIZAA said...

comel jawapannya:) aunti pon tergelak:) hehehehhe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...