Langkau ke kandungan utama

my breastfeeding journey…

as u all know…eryna adalah kanak2 ribena yang fully bfeed…bulan 6 ni, cukup laa umur die 2tahun…
aritu, aku ada buat entry INI dan INI berkenaan dgn susu formula yang sesuai untuk dia..akhirnya, lactogen sesuai dan sedang2 elok untuk dia…tak sembelit dan juga tidak pula dia menolak…alhamdulillah…
lebih kurang 3minggu dah eryna minum susu tu di taska…alhamdulillah jugak sbb die bleh minum…aku cuma bekalkan dia sebotol je susuibu setiap ari supaya dia tak rs terkejut sgt kan…
semalam, masa pegi amik eryna kat taska, kakak taska ckp, “kak, kalo nak stop bg die breastmilk pun dah bleh dah sbb die dah bleh consume dgn eloknya susu tu..lgpun dia tak penah meragam pun bila bg susu tu…” mlm smlm, aku bncang laa dgn cik hubby..
aku : dah smpai masa ke i nak berenti bg die susu i??
cik hubby : takpe laa u…eryna dah besar…kita kene treat dia mcm budak besar…jgn manjakan sgt..nnt susah nak lepas susu dah…sedang2 elok dah skrg ni…
aku : terasa sedih…lepas ni, die nak tido ke jalan2 ke, dia dah tak perlu i laa yer?? :((
cik hubby : takde laa…dia masih anak kita laa…ape nak sedihnye..lepas susu je pun…merajuk still cr kita ape…hehehe
aku : hmmm(buat muka sedey je)
aku emo sgt ker??nnt bila sampai masa aku stop menyusu terus, msti lg sedih kan??huhuhu
p/s : start today, aku dah tak buat sesi pumping dah…just habiskan stok yang ada… :((

Ulasan

pena rozie berkata…
RElax bee.. Anak2 rozie walaupun isap susu botol. Boleh dikatakan tiap2 mlm tido dgn rozie tau. Papa die lambat lg la...
InaAhyat berkata…
salam kenal..
bagusnyer BF..saya 3 anak fully BF until 1 year jer..pastu trus takde..
Sabihah berkata…
rozie : hmmm...terasa mcm anak dah besar...aduhai..sedih jugak nak bcerai susu nih..

mama : alhamdulillah..byk jugak cabaran nak smpai ke tahap ni..huhu... :)

Catatan popular daripada blog ini

GEGAR 1 RIBU BLOG APRIL BERMULA

lama dah tak join…lama2 skali apa salahnye kan??^_^

Salam 1 Rejab 1441h

Assalamualaikum dan salam sejahtera sahabat2 dan semua yang membaca. Terima kasih kerana sudi singgah ke blog CK yang tak seberapa ni. Sesekali bila ada masa terluang, CK akan update blog kesayangan CK ni.  Alhamdulillah hari ini bersamaan dengan 1 rejab 1441h, maka masuk 12tahun ikut kalendar hijrah kami menyusuri liku-liku rumahtangga. Terima kasih Allah atas kurniaan seorang suami yang sangat sabar dengan kerenah CK. Seorang suami yang memahami CK walaupun pada awal-awal pernikahan dulu macam kayu . Terasa seperti baru lagi kami berumahtangga. Masih banyak lagi yang perlu kami betulkan. Kami bukanlah sempurna tapi kami saling menyempurnakan satu sama lain. In shaa Allah Pahit maung kehidupan berkeluarga. Jauh bangun kami bersama. Pernah kami shopping raya malam sehari sebelum raya sebab duit gaji baru masuk masa tu. Bayangkan, baju raya barang2 basah untuk raya semua cari masa tu. Masa tu kami susah. Tapi hari ini bila kami ingat balik, momen-momen tu lah yang buat kami gelak guling...

500 BLOG !

wahh..en ben nak buat ape tah nih…aku join sbb aku minat..hehe…nak tau lebih lanjut, buke je kat SINI atau klik je pada banner di atas… ok…sbgai syrat utama, aku kne cerita serba sedikit tentang diri aku…nama aku sabihah, tinggal di kuala terengganu.dah kawin dan merupakan umi kepada eryna(anak aku laa) hehe…kenapa aku menulis blog?mula2 dulu sbb aku tgk kawan aku menulis blog..aku suke baca blog die dan kawan2 die…lepas tu, try2 laa tulis jugak..lepas dah beranak ni, blog aku byk bercerita tentang aku dan family aku..sedikit resepi(kdg2 je ni) dan jugak minat nak kenal rakan2 dr dunia blog… :) hopefully aku dah mencukupi syarat2 yang ditetapkan oleh en Ben kite…:)